Sunday, October 13, 2013

Posted by Unknown | File under :
Sunnah-sunnah di bulan zulhijjah
 
1)      Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah
كان رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيام من كل شهر: أول اثنين من الشهر والخميس.

 “Adalah Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam berpuasa pada 9 Dzulhijjah, hari ‘Asyurâ`, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis.” (HR Abū
Dâwud dan an-Nasâ`î, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).

Dari Abî Qotâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله. والسنة التي بعده

“Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…” (HR Muslim)

3) Menyembelih Kurban
“Maka sholâtlah untuk Rabb-mu dan berkurbanlah.” (QS al- Kautsar : 2)

من كان له سعة ولم يضح فلا يقربن مصلانا
“Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat sholât kami.” (Shahîh Ibnu Mâjah (no. 2532).

4) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah

خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم في أضحى أو فطر إلى المصلى
Dari Abî Sa’îd al-Khudrî radhiyallâhu ‘anhu beliau berkata :Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam keluar pada hari Adhhâ atau Fithri ke mushollâ (tanah lapang)…” (HR al-Bukhârî).

5) Adalah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk bersolat hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha di tanah lapang (musolla) bukannya di masjid.

6) Bertakbir

“Dan berdzikirlah menyebut nama Allôh dalam beberapa hari yang telah ditentukan.” (QS al-Baqarah : 203)

0 comments:

Post a Comment