سم الله الرحمن الرحيم
Cinta kepada Allah dan Rasul adalah setinggi-tinggi nilai cinta yang dimiliki manusia. Di dalam hadis Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- menegaskan; Iman seorang hamba tidak akan sempurna selagi ia tidak meletakkan dalam hatinya kecintaan kepada Allah dan RasulNya melebihi dari cintanya kepada harta, anak dan diri sendiri.[1]
Persoalan bagaimana untuk meningkatkan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul merupakan satu persoalan yang besar. Walaupun begitu, ia akan mudah bagi orang yang dimudahkan Allah (semoga kita termasuk dalam golongan ini). Antara cara untuk meningkat rasa cinta kita kepada Allah ialah;
1. Dengan mengingati segala nikmat Allah kepada kita bermula dari nikmat kewujudan kita di atas muka bumi ini, nikmat kesihatan dan kesejahteraan, tubuh badan yang sempurna, dikurniakan keluarga dan sahabat handai yang menyayangi kita dan bermacam nikmat lagi. Namun nikmat terbesar yang Allah kurniakan ialah nikmat iman dan amal soleh. Semua manusia berkongsi nikmat hidup, nikmat sihat dan nikmat keindahan tubuh badan (ahsani taqwim), namun sedikit sahaja dari mereka yang dipilih Allah untuk diberi nikmat iman, amal soleh, berterusan beramal soleh, nikmat kesungguhan untuk meningkatkan iman, nikmat kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Dari 6000 juta manusia di atas muka bumi ini, kita telah dipilih oleh Allah untuk diberikan nikmat khusus tersebut. Dengan mengingati nikmat-nikmat tersebut akan bertambahlah cinta kita kepada Allah. Adapun Nabi Muhammad, di antara yang boleh kita ingati semoga bertambah cinta kita kepada baginda ialah dengan mengingati jasa baginda menyampaikan risalah Allah kepada kita, jihad baginda, kesabarannya, keinginan baginda untuk melihat kesejahteraan kita dunia dan akhirat, kesungguhan baginda untuk menyelamatkan kita dari neraka dan supaya kita dapat masuk syurga dengan kurniaan Allah.
2. Dengan kita mengenali Allah melalui sifat-sifat dan nama-namaNya yang indah (al-husna) yang dapat kita baca di dalam al-Quran. Kita berusaha menghadirkan nama-nama itu (ke dalam hati kita) pada setiap keadaan yang kita hadapi dalam hidup sama ada peristiwa yang kecil atau besar dan sentiasa memerhati kesan-kesan dan tanda-tanda kewujudan sifat dan nama-nama Allah itu di alam semesta yang terbentang luas di hadapan kita. Sifat kepemurahan Allah, kasih-sayangNya, keagunganNya, kekuatanNya, ilmu dan kebijaksanaanNya, maha pengampun dan penerima taubat hambaNya, melimpahi nikmat, memberi petunjuk dan sifat-sifat serta nama-nama Allah yang lain; semuanya jika kita fahami akan mencetuskan semangat dalam hati kita untuk lebih mencintai Allah.
Adapun Rasulullah, sifat-sifatnya menggambarkan kesempurnaan seorang manusia. Baginda adalah seorang yang pengasih, tidak pernah kedekut, suka berkorban, sentiasa manis muka, berani, berlumba kepada kebaikan, penyabar dan sifat-sifat seterusnya yang tidak dapat kita jelaskan kesemuanya di sini. Sesiapa sahaja yang dengan penuh insaf membaca sirah hidupnya, ia pasti akan jatuh cinta kepada baginda.
3. Dengan kita memerhati dan merenung makhluk-makhluk ciptaan Allah yang bermacam-macam di alam semesta luas ini, serta memerhati kehalusan sistem Tuhan yang ada pada makhluk-makhluk tersebut dan undang-undang yang mengatur perjalanan alam ini tanpa ada kecelaruan, kesilapan dan perlanggaran sesama mereka. Semua itu menunjukkan kepada keagungan Tuhan maha pencipta (Allah) dan kekuatanNya, namun Dia tidak pernah menzalimi mana-mana makhluknya. Dia juga maha bijaksana dalam hal makhlukNya.
4. Dengan kita menilai amalan-amalan kita selama ini, betapa kita banyak lalai dalam menunaikan hak Allah ke atas kita, namun Allah tetap mengasihi kita di mana Dia tidak menghukum kita, malah memberi tangguhan supaya kita bertaubat dan kembali kepadaNya. Allah menyukai hamba-hambaNya yang bertaubat dan membersih diri. Hamba yang lemah telah mengingkari Tuhannya yang maha kuat dan berkuasa, namun Tuhannya membiarkannya dan tidak menghukumnya walaupun jika Ia mahu Ia mampu melakukan menghukum hambaNya yang engkar itu. Betapa tingginya kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya.
5. Dengan merenung betapa Allah yang maha kaya sudi menerima kita untuk mengadapNya. Banyak hadis yang dapat dijadikan contoh bagi kenyataan ini. Di antaranya hadis qudsi di mana Allah berfirman;
“Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya tatkala ia mengingatiKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya, aku akan ingat kepadanya dalam diriKu. Jika ia menyebut namaKu di hadapan orang ramai, Aku akan menyebut namanya di depan makhluk yang lebih baik dari mereka. Jika ia mendekatiKu sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika ia mendekatiku sehasta, aku mendekatinya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan, akan datang kepadanya berlari”.[2]
Ketahuilah bahawa rasa cinta dalam hati kita kepada Allah dan Rasulnya itu adalah nikmat yang agung, namun lebih agung darinya ialah apabila Allah menyintai kita. Agar Allah menyintai kita, marilah kita memdengar apa kata Allah;
Ketahuilah bahawa rasa cinta dalam hati kita kepada Allah dan Rasulnya itu adalah nikmat yang agung, namun lebih agung darinya ialah apabila Allah menyintai kita. Agar Allah menyintai kita, marilah kita memdengar apa kata Allah;
“Tidak ada amalan yang dilakukan hambaKu untuk ia mendekatkan dirinya kepada yang paling aku sukai melebihi dari amalan-amalan yang aku fardhukan ke atasnya. Kemudian jika hambaKu terus menerus mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amalan/amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila aku kasih kepadanya, akulah pendengarannya yang ia mendengar dengannya, matanya yang ia melihat dengannya, tangannya yang ia memegang dengannya dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Bila ia meminta dariKu, pasti Aku beri kepadanya. Bila ia berlindung denganKu, pasti aku lindunginya…”.[3]
Dari hadis qudsi di atas amat jelas jalan supaya Allah menyintai/mengasihi kita iaitu;
1. Dengan kita melaksanakan amalan-amalan fardhu,
2. Diikuti dengan banyak beramal dengan amalan-amalan sunat.
Wallahu a’lam.
Nota;
[1] Berdasarkan hadis “Tidak beriman seorang kamu hinggalah diriku lebih ia cintai dari bapanya, anaknya serta sekelian manusia yang lain” (HR Imam al-Bukhari dari Anas r.a.).
[2] Riwayat Imam al-Bukhari dari Abdurrahman bin as-Sakhr r.a..
[3] Hadis riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.. Lihat hadis ini dalam al-Arbain an-Nawawiyah, hadis 32.
Rujukan;
1. Syeikh Jamal Yusuf al-Humaili (http://islamtoday.net/istesharat/services/saveques-70-174041.htm).
Artikel : www.ilmudanulamak.net
Dari hadis qudsi di atas amat jelas jalan supaya Allah menyintai/mengasihi kita iaitu;
1. Dengan kita melaksanakan amalan-amalan fardhu,
2. Diikuti dengan banyak beramal dengan amalan-amalan sunat.
Wallahu a’lam.
Nota;
[1] Berdasarkan hadis “Tidak beriman seorang kamu hinggalah diriku lebih ia cintai dari bapanya, anaknya serta sekelian manusia yang lain” (HR Imam al-Bukhari dari Anas r.a.).
[2] Riwayat Imam al-Bukhari dari Abdurrahman bin as-Sakhr r.a..
[3] Hadis riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.. Lihat hadis ini dalam al-Arbain an-Nawawiyah, hadis 32.
Rujukan;
1. Syeikh Jamal Yusuf al-Humaili (http://islamtoday.net/istesharat/services/saveques-70-174041.htm).
Artikel : www.ilmudanulamak.net
0 comments:
Post a Comment