Sunday, October 20, 2013

Posted by Unknown | File under :
Sesungguhnya Abu Bakar radhiallahu ‘anh merupakan sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang paling banyak menderma dengan kerelaan hatinya dibandingkan dengan para sahabat selainnya. Beliau juga merupakan orang yang paling banyak membantu baginda dari segala sudut sehinggakan baginda menjadikannya teman setia serta saudara baginda berbanding para sahabat lainnya. 

‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh kami bersedekah. Ini bertepatan dengan harta yang ada pada aku. Aku berkata: “Jika satu hari aku akan menang di atas Abu Bakar, maka hari inilah aku akan menang atas beliau.” Lalu aku datang dengan setengah harta aku, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga kamu ?” Aku menjawab: “Sepertiga.” Lalu datang pula Abu Bakar membawa seluruh harta yang ada padanya. Maka bertanya Rasulullah: “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga engkau ?” Abu Bakar menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.” Berkata Umar: “Aku memang tidak akan menang di atas Abu Bakar sesuatupun selama-lamanya.”

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu 'anh menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berkata:

إِنَّ مِنْ أَمَنِّ النَّاسِ عَلَيَّ فِي صُحْبَتِهِ وَمَالِهِ أَبَا بَكْرٍ وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا خَلِيلاً غَيْرَ رَبِّي لاَتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ وَلَكِنْ أُخُوَّةُ الإِسْلاَمِ وَمَوَدَّتُهُ.

Sesungguhnya manusia yang paling mententeramkan atas diriku di dalam persahabatan dan hartanya adalah Abu Bakar, dan jikalau aku mengambil seorang kekasih selain Tuhanku, nescaya Abu Bakarlah yang aku ambil sebagai kekasih, namun dia adalah saudaraku dan sahabatku.

A’isyah radhiallahu ‘anha berkata bahawa Abu Bakar telah menginfakkan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sebanyak 40,000 dirham.[6] Abu Hurairah radhiallahu ‘anh menjelaskan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

مَا نَفَعَنِي مَالٌ قَطُّ مَا نَفَعَنِي مَالُ أَبِي بَكْرٍ.

Tidak ada harta yang bermanfaat kepada aku sebagaimana harta Abu Bakar telah memberi manfaat kepada aku.

*Sumber dari hafizfirdaus.com

1 comment:

  1. 888 casino - DrmCD
    888 casino - Excellent game 경산 출장안마 service. Great 광주광역 출장마사지 service. A good customer support. Great 전라북도 출장안마 for poker games. Good customer 사천 출장마사지 service. 안양 출장안마 All the best online poker rooms.

    ReplyDelete