Soalan
Bolehkah aqiqah digantikan dgn lembu atau kerbau? Sekiranya boleh berapa bahagian lembu/kerbau untuk anak lelaki dan juga bagahian utk perempuan?
jawapan:
wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan mori dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Aqiqah disunatkan keatasnya menyembelih kambing, sebagaimana yang dinyatakan didalam Fiqh al-Manhaji :-
ولكن الأفضل أن يذبح الولي عن الصبي شاتين، وعن البنت شاة.“Akan tetapi adalah lebih baik (afdal) walinya menyembelih 2 kambing bagi anak lelaki dan 1 kambing bagi anak perempuan” [Fiqh al-Manhaji 1/490].
Dalilnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh A’isyah ra katanya :
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمرهم عن الغلام شاتان مكافئتان وعن الجارية شاة “Sesungguhnya Rasulullah saw mengarahkan mereka menyembelih 2 kambing yang serupa bagi anak lelaki dan 1 bagi anak perempuan” -[Hadith riwayat al-Tirmudzi; beliau mengatakan Hasan Sahih; Ibn Majah %3163, Sahih al-Tirmudzi #1221].
Selain dari kambing, ulama’ khilaf mengenai hukumnya. Jumhur ulama’ Mazhab mengatakan boleh kecuali Mazhab al-Zahiriyyah. Dalilnya, dari Kitab penulisan al-Iraqi, dari sanad hasan, dari Anas ra, bahawa Nabi saw bersabda :-
من ولد له غلام، فليعق عنه من الإبل والبقر والغنم“Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing” – [hadith riwayat al-Tabarani].
Berikut kami simpulkan dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait :-
Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali bersetuju bahawa binatang yang ingin diaqiqahkan diperbolehkan sebagaimana binatang korban seperti Unta, Lembu dan Kambing, dipersetuji oleh 2 pandangan Malik. Selainnya mengatakan bahawa hanya boleh beraqiqah menggunakan kambing. Mereka berbeza pendapat mengenai berapa bahagiannya :-
a. Mazhab Syafie :- membahagikan aqiqah sebagaimana melakukan korban; iaitu 1 kambing atau 1/7 Unta atau 1/7 Lembu.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.
b. Mazhab Maliki dan Hanbali :- satu lembu seluruhnya, atau satu Unta seluruhnya.
Kesimpulannya, seafdhal binatang aqiqah adalah kambing, akan tetapi jumhur ulama’ menyatakan bahawa bintang yang boleh di aqiqahkan menyamai binatang korban. Akan tetapi mazhab2 tersebut berbeza pandangan mengenai jumlah bahagiannya. WA.
wassalam
==============
1. Dr Mustafa al-Khin [et. al]. al-Fiqhu al-Manhaji – 1. cetakan ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000.ms 490.
==============
1. Dr Mustafa al-Khin [et. al]. al-Fiqhu al-Manhaji – 1. cetakan ke 4. Damsyik : Daar al-Qalam, 2000.ms 490.
2. Fatwa Markas Dr Abdullah al-Faqih. . url :http://www.islamweb.net/ver2/Istisharat/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=15288
0 comments:
Post a Comment