Sunday, October 13, 2013

Posted by Unknown | File under :
Soalan
1. Saya ingin tahu cara melakukan korban yang dianjurkan sebab saya dengar kita perlu ada (hadir bersama orang yang menguruskan korban) semasa nak masuk bahagian bagi lembu, memilih lembu dan berbagai untuk proses akad (sayapun kurang faham).
2. Selepas itu semasa proses penyembelihan perlukah kita ada dan sama-sama melapah daging. Kalau ya, bolehkah diwakilkan? Mewakilkan itu perlukah berakad?
Jazakumullahu khairan kathira.
jawapan:
بسم الله والصلاة والسلام على رسول اله وبعد.
Tidaklah disyaratkan seseorang yang melakukan korban sekiranya diwakilkan kepada seseorang untuk menyembelihnya dia mesti berada di situ, bahkan masyarakat kita melalui pemerhatian kita sehinggakan setiap yg menyertai di dalam 7 pangku lembu itu mesti melafazkan aqad dan memegang lembu berkenaan. ini tidak dicontohkan oleh salaf.
begitulah juga masalah membayar zakat yang dilakukan iaitu mesti bersalaman dan membaca aqadnya..begitu juga sewakti aqad nikah..ini semua bukanlah syarat.
cumanya kita ini hidup bermasyarakat sepatutnya bergotong royong bersama sewaktu korban dilakukan dan seterusnya melapah dibuat bersama-sama. terutamanya yang mengambil bahagian di dalam korban tersebut.
adalah tidak beradab sekiranya kita menyertai korban kemudian duduk dirumah hanya menunggu daging sampai..
wallahu a’lam

0 comments:

Post a Comment