Monday, September 30, 2013

Posted by Unknown | File under :

4 Alasan Yang Akan Ditolak Oleh Allah S.W.T Pada Hari Kiamat

4 Alasan Yang Akan Ditolak Oleh Allah S.W.T Pada Hari Kiamat | Assalamualaikum dan salam sejahtera, Puteri ada terbaca satu artikel berkenaan Alasan Yang Akan Ditolak Oleh Allah S.W.T Pada Hari Kiamat dari sebuah blog. Jadi Puteri kongsikan disni.
1) ORANG KAYA
Kalau sekirannya dia berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik pluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amalt dan kebajikan”.
Kepada mereka ini Allah berfirman, “Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikitpun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku.”
2) HAMBA SERAYA
Sekiranya , “Aku adalah seorang dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.”
Firman Allah kepadanya, “Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.”
3) ORANG MISKIN
Sekiranya dia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.”
Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s dan dia tdaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.”
images 23 4 Alasan Yang Akan Ditolak Oleh Allah S.W.T Pada Hari Kiamat
Orang sakit
4) ORANG YANG MENDERITA SAKIT
Sekiranya dia berkata, “Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud kepada-Mu.”
Firman Allah kepadanya, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang telah dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s., tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku.”
Nota Puteri: Sentiasalah kita bersyukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T ini. Hargailah apa yang ada dan janganlah kita sentiasa merungut atas kesusahan yang kita hadapi. Sesungguhnya, Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan kesanggupannya. Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment