Bagaimanakah cara kita mandi sehari-harian? Adakah masuk saja ke bilik air, bukak paip air pancuran terus mandi atau cebok air dalam kolah atau baldi, terus siram? Apakah cara kita mandi sehari-harian tersebut menepati apa yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. atau apakah kita hanya mandi kerbau? Adakah kita tahu bagaimana cara mandi yang disunnahkan dalam Islam?
Bagaimana cara mandi mengikut sunnah?
1. Mula-mula hendaklah membasuh kedua-dua tangan sebanyak 3 kali.
2. Kemudian beristinjak (bersuci) dengan menghilangkan segala najis yang ada atau melekat di badan (jika ada)
3. Seterusnya berwuduk seperti berwuduk untuk solat kecuali membasuh kedua-dua kaki (dilakukan pada akhir mandi)
4. Kemudian menyiram air di atas kepala, kemudian di atas tubuh bermula sebelah kanan seterusnya sebelah kiri.
5. Setelah selesai, gosoklah bahagian badan yang hadapan dan belakang. Rambut dan janggut hendaklah dicelah-celah dengan jari-jari, sehingga air dapat sampai dan rata ke pangkal tempat tumbuhnya rambut tadi (sesuai untuk rambut lebat atau panjang)
6. Bagi kaum wanita tidak diperlukan untuk menghuraikan sanggul rambut kecuali kalau diyakini air itu tidak mungkin dapat sampai di celah-celah rambut. Perlu juga diperhatikan lipatan-lipatan yang terdapat pada tubuh badan kita.
Mandi itu menjadi wajib hukumnya kerana 4 perkara iaitu:-
1. Keluarnya air mani
2. Bertemunya 2 kemaluan (bersetubuh)
3. Haid
4. Nifas
Selain 4 perkara di atas, maka hukumnya sunat sahaja. Sama seperti mandi untuk 2 hari raya, mandi pada hari Jumaat, mandi untuk memakai pakaian ihram, mandi untuk wukuf di Arafah, mandi ketika hendak masuk ke Kota Makkah dan mandi untuk orang yang memandikan jenazah.
Rujukan: Kitab Mau'izatul Mukminin (tulisan as-Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dimasqi). Kitab ini adalah ringkasan daripada Kitab Ihya' 'Ulumuddin tulisan Imam al-Ghazali rahimakumullah (Kitab Ihya' 'Ulumuddin adalah sumber rujukan terbaik selepas Al-Qur'an dan al-Hadis.
*Sumber dari nasronhashim.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment