Monday, September 16, 2013

Posted by Unknown | File under :
Wanita Daripada Rusuk Kiri?



﴿﷽﴾

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

……………………………………………………………………



“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad  ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”

“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad  itu hambaNya dan RasulNya.”



……………………………………………………………………



Alhamdulillah, pada peluang ini ingin saya kongsikan bersama anda persoalan mengenai wanita adalah daripada rusuk kiri seorang lelaki paling atas yang bengkok.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: 

"....Layanilah wanita dengan baik dan dengan kebaikan, kerana wanita adalah dicipta dari rusukdan bahagian yang paling bengkok tulang rusuk adalah bahagian atas. Dan jika anda meluruskannya, anda akan mematahkannyadan jika anda membiarkannyaia akan kekal bengkokJadi layanilah wanita-wanita dengan baik. Dan bahagian paling bengkok tulang rusuk[yakni wanita] adalah bahagian atas[kepala]"
[Riwayat Bukhari : 3331, At-Tirmidhi : 1188]

Orang kristian berpendapat bahawa hadis ini menghina wanita, di mana mereka sebutkan bahawa seandainya kita betulkan wanita ini, akan patah. Kalau dibiarkan pula, akan tetap bengkok. Maka lebih baik tidak diendahkan. Mereka membuat andaian bahawa hadis ini menunjukkan wanita itu suatu kecacatan.

Jawapan...

Sebenarnya, tidak disebut baginda Muhammad saw bahawa wanita adalah cacat dalam hadis ini. Malah, jika dikatakan wanita itu cacat, ia bercanggah dengan Firman Allah swt :

"[Adalah Allah]Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya"
[Surah As-Sajdah : 7]

Maka, adalah sebuah kejian sekiranya Allah ciptakan wanita itu cacat seperti dikatakan orang kafir itu. Namun sebenarnya ciptaan Allah diciptakan dengan sebaik-baiknya.

Lihat pada sudut perspektif yang akan saya terangkan ini. Wanita diciptakan Allah dengan sifat feminin mereka, sifat lemah lembut mereka, penyayang mereka. Dan seorang lelaki seharusnya menerima seorang wanita itu seadanya, dan menerima sifat semulajadi mereka yang Allah telah tentukan.

   {Dan jika anda meluruskannya, anda akan mematahkannyadan jika anda membiarkannyaia akan kekal bengkokJadi layanilah wanita-wanita dengan baik adalah dimaksudkan bahawa jika seorang lelaki itu menguli wanita itu agar wanita itu menjadi seperti apa yang lelaki itu mahukan, maka wanita tersebut akan "patah". Wanita itu tidak akan sempurna seperti yang lelaki itu mahukan dalam sesuatu aspek. Maka, seharusnya wanita dilayan dengan kesabaran, anda seharusnya bersabar untuk memahami wanita, kerana mereka merupakan ciptaan yang indah. Namun jika dipaksa juga, maka wanita ini akan "patah" seterusnya penceraian akan terjadi. 

   {Dan bahagian paling bengkok tulang rusuk[yakni wanita] adalah bahagian atas[kepala]}. Di sini, dijelaskan bahawa bahagian wanita yang paling sukar untuk 'diluruskan' adalah kepalanya, iaitu pemikiran mereka, emosi mereka dan sebagainya. Cukup mendalam sabda nabi saw ini sebenarnya. Dalam bahasa yang mudah adalah, wanita ini sukar untuk difahami emosi mereka, perasaan mereka oleh pihak lelaki. Kerana pada lelaki, cara pemikiran lelaki berbeza daripada wanita. Anda akan melihat bahawa sering terjadi pergaduhan dalam rumah tangga kerana suami tidak memahami kehendak dan pemikiran isterinya.

   Pemikiran wanita ini tidak dapat 'diluruskan' oleh lelaki mengikut kehendak apa yang lelaki idamkan, dan lelaki seharusnya menerima pemikiran pihak wanita..kerana 'kepala' mereka ini adalah mudah patah jika diluruskan. Maka, bersabarlah dalam mendidik wanita, kerana wanita punya hati yang lembut.

Rusuk melindungi jantung dan paru-paru

Dalam ilmu biologi, rusuk merupakan suatu tulang yang melindungi organ dalaman iaitu jantung dan paru-paru. Wanita diumpakan sebagai rusuk untuk memuliakan mereka. Seandainya rusuk ini diluruskan, atau dipatahkan, maka jantung dan paru-paru lelaki ini akan terdedah kepada ancaman. Maka, untuk elakkan daripda organ lelaki ini cedera, maka lelaki ini haruslah menjaga rusuk mereka sebaiknya.

   Diandaikan bahawa anda akan dipukul, untuk melindungi jantung anda daripada kesakitan, semestinya...anda akan melindungi "RUSUK" anda dahulu, kerana jika rusuk ini bengkok atau patah ke dalam..maka ia akan menyakitkan anda.

   Begitu jugalah anda harus menjaga wanita yang diciptakan Allah ini yang begitu unik sekali. Mereka seharusnya difahami, bukan dilahirkan semata-mata untuk mengikut kehendak anda sahaja. Allah menjadikan ciptaanNya begitu baik tanpa ada cacat. Maka Segala Pujian Milik Allah swt. 

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)."
[Surah At-Tin : 4]

0 comments:

Post a Comment