Monday, September 16, 2013

Posted by Unknown | File under : ,







﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

…………………………………………………………………

“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad  ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”

“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad  itu hambaNya dan RasulNya.”

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana setelah lama saya mendiamkan diri dalam penulisan blog(atas urusan menuntut ilmu), kini saya berpeluang – dengan Izin Allah – berkongsi kepada anda sebuah lagi kisah sejarah Islam yang menarik yang telah Allah  nyatakan dalam  al-Quran. Semoga Allah  limpahkan rahmat-Nya kepada Imam Ibn Kathir kerana beliau telah menerangkan dengan jelas kepada kita mengenai kisah-kisah menarik dalam al-Quran al-Kareem.

   Semoga kisah ini menambahkan pengetahuan kita serta mendekatkan diri kita kepada Allah  dan sentiasa dilimpahi rahmat-Nya. Amen.

…………………………………………………………………


 وَ تَفَقَّدَ الطَّیۡرَ فَقَالَ مَا لِیَ لَاۤ اَرَی الْہُدْہُدَ ۫ اَمْ کَانَ مِنَ الْغَآئِبِیۡنَ ﴿۲۰﴾
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk(Hud-hud)? Adakah dia termasuk mereka yang tidak hadir?

 لَاُعَذِّبَنَّہٗ عَذَابًا شَدِیۡدًا اَوْ لَاَاذْبَحَنَّہٗۤ اَوْ لَیَاۡتِیَنِّیۡ بِسُلْطٰنٍ مُّبِیۡنٍ ﴿۲۱﴾
"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".

فَمَکَثَ غَیۡرَ بَعِیۡدٍ فَقَالَ اَحَطۡتُّ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِہٖ وَ جِئْتُکَ مِنۡ سَبَاٍۭ بِنَبَاٍ یَّقِیۡنٍ ﴿۲۲﴾
Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.

اِنِّیۡ وَجَدۡتُّ امْرَاَۃً تَمْلِکُہُمْ وَ اُوۡتِیَتْ مِنۡ کُلِّ شَیۡءٍ وَّ لَہَا عَرْشٌ عَظِیۡمٌ ﴿۲۳﴾
"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan  dia  dianugerahkan  segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”

 وَ جَدۡتُّہَا وَ قَوْمَہَا یَسْجُدُوۡنَ لِلشَّمْسِ مِنۡ دُوۡنِ اللہِ وَ زَیَّنَ لَہُمُ الشَّیۡطٰنُ اَعْمٰلَہُمْ فَصَدَّہُمْ عَنِ السَّبِیۡلِ فَہُمْ لَا یَہۡتَدُوۡنَ ﴿ۙ۲۴﴾
"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -

اَلَّا یَسْجُدُوۡا لِلہِ الَّذِیۡ یُخْرِجُ الْخَبْءَ فِی السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضِ وَ یَعْلَمُ مَا تُخْفُوۡنَ وَمَا تُعْلِنُوۡنَ ﴿۲۵﴾
"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.

 اَللہُ لَاۤ اِلٰہَ اِلَّا ہُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِیۡمِ ﴿ٛ۲۶﴾
"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".

قَالَ سَنَنۡظُرُ اَصَدَقْتَ اَمْ کُنۡتَ مِنَ الْکٰذِبِیۡنَ ﴿۲۷﴾
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.

 اِذْہَبۡ بِّکِتٰبِیۡ ہٰذَا فَاَلْقِہۡ اِلَیۡہِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْہُمْ فَانۡظُرْ مَاذَا یَرْجِعُوۡنَ ﴿۲۸﴾
"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".

 قَالَتْ یٰۤاَیُّہَا الۡمَلَؤُا اِنِّیۡۤ اُلْقِیَ اِلَیَّ کِتٰبٌ کَرِیۡمٌ ﴿۲۹﴾
(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.

 اِنَّہٗ مِنۡ سُلَیۡمٰنَ وَ اِنَّہٗ بِسْمِ اللہِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیۡمِ ﴿ۙ۳۰﴾
Sesungguhnya  (surat) itu daripada Sulaiman yang  isinya  : “Dengan Nama  Allah Yang Maha  Pemurah Lagi Maha Penyayang.”

 اَلَّا تَعْلُوۡا عَلَیَّ وَاۡتُوۡنِیۡ مُسْلِمِیۡنَ ﴿٪۳۱﴾
Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri(Muslimin).

 قَالَتْ یٰۤاَیُّہَا الۡمَلَؤُا اَفْتُوۡنِیۡ فِیۡۤ اَمْرِیۡ ۚ مَا کُنۡتُ قَاطِعَۃً اَمْرًا حَتّٰی تَشْہَدُوۡنِ ﴿۳۲﴾
Dia (Balqis)  berkata : “Wahai para pembesar! Berilah aku  pertimbangan dalam perkaraku(ini). Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir dalam majlis(ku).

 قَالُوۡا نَحْنُ اُولُوۡا قُوَّۃٍ وَّ اُولُوۡا بَاۡسٍ شَدِیۡدٍ ۬ وَّ الْاَمْرُ اِلَیۡکِ فَانۡظُرِیۡ مَاذَا تَاۡمُرِیۡنَ ﴿۳۳﴾
Mereka menjawab : “Kita memiliki kekuatan dan keberanian luar biasa(untuk berperang) tetapi keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan engkau perintahkan.

 قَالَتْ اِنَّ الْمُلُوۡکَ اِذَا دَخَلُوۡا قَرْیَۃً اَفْسَدُوۡہَا وَجَعَلُوۡۤا اَعِزَّۃَ اَہۡلِہَاۤ اَذِلَّۃً ۚ وَکَذٰلِکَ یَفْعَلُوۡنَ ﴿۳۴﴾
Dia(Balqis) berkata : “Sesungguhnya raja-raja apabila menakluk suatu negeri, mereka tentu membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina; dan demikian yang akan mereka buat.”

 وَ اِنِّیۡ مُرْسِلَۃٌ اِلَیۡہِمۡ بِہَدِیَّۃٍ فَنَاظِرَۃٌۢ بِمَ یَرْجِعُ الْمُرْسَلُوۡنَ ﴿۳۵﴾
Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah  dan (aku) akan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh para utusan itu.
فَلَمَّا جَآءَ سُلَیۡمٰنَ قَالَ اَتُمِدُّوۡنَنِ بِمَالٍ ۫ فَمَاۤ اٰتٰىنِۧ اللہُ خَیۡرٌ مِّمَّاۤ اٰتٰىکُمۡ ۚ بَلْ اَنۡتُمۡ بِہَدِیَّتِکُمْ تَفْرَحُوۡنَ ﴿۳۶﴾
Maka ketika para (utusan itu) sampai kepada Sulaiman, dia (Sulaiman) berkata : “Apakah patut kamu memberikan harta kepadaku? Kerana apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik daripada apa yang Allah berikan kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.

اِرْجِعْ اِلَیۡہِمْ فَلَنَاۡتِیَنَّہُمْ بِجُنُوۡدٍ لَّا قِبَلَ لَہُمۡ بِہَا وَ لَنُخْرِجَنَّہُمۡ مِّنْہَاۤ اَذِلَّۃً وَّ ہُمْ صٰغِرُوۡنَ ﴿۳۷﴾
Kembalilah kepada mereka! Sesungguhnya kami pasti akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan akan kami usir mereka dari negeri itu (Saba’) secara terhina dan mereka akan menjadi (tawanan) yang hina dina.”

قَالَ یٰۤاَیُّہَا الۡمَلَؤُا اَیُّکُمْ یَاۡتِیۡنِیۡ بِعَرْشِہَا قَبْلَ اَنۡ یَّاۡتُوۡنِیۡ مُسْلِمِیۡنَ ﴿۳۸﴾
Dia (Sulaiman) berkata : “Wahai para pembesar! Siapakah di antara kamu yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka  datang kepadaku menyerahkan diri?”

 قَالَ عِفْرِیۡتٌ مِّنَ الْجِنِّ اَنَا اٰتِیۡکَ بِہٖ قَبْلَ اَنۡ تَقُوۡمَ مِنۡ مَّقَامِکَ ۚ وَ اِنِّیۡ عَلَیۡہِ لَقَوِیٌّ اَمِیۡنٌ ﴿۳۹﴾
‘Ifrit daripada golongan Jin berkata : “Aku yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat untuk membawanya, lagi dipercayai.”

قَالَ الَّذِیۡ عِنۡدَہٗ عِلْمٌ مِّنَ الْکِتٰبِ اَنَا اٰتِیۡکَ بِہٖ قَبْلَ اَنۡ یَّرْتَدَّ اِلَیۡکَ طَرْفُکَ ؕ فَلَمَّا رَاٰہُ مُسْتَقِرًّا عِنۡدَہٗ قَالَ ہٰذَا مِنۡ فَضْلِ رَبِّیۡ ۟ لِیَبْلُوَنِیۡۤ ءَاَشْکُرُ اَمْ اَکْفُرُ ؕ وَمَنۡ شَکَرَ فَاِنَّمَا یَشْکُرُ لِنَفْسِہٖ ۚ وَمَنۡ کَفَرَ فَاِنَّ رَبِّیۡ غَنِیٌّ کَرِیۡمٌ ﴿۴۰﴾
Seorang yang mempunyai ilmu daripada Kitab berkata : “Aku akan membawa singgahsana  itu kepadamu sebelum matamu berkelip.” Maka ketika dia (Sulaiman) melihat singgahsananya itu terletak di hadapannya, dia pun berkata : “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari(nikmatNya).” Barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri, dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Mulia.

قَالَ نَکِّرُوۡا لَہَا عَرْشَہَا نَنۡظُرْ اَتَہۡتَدِیۡۤ اَمْ تَکُوۡنُ مِنَ الَّذِیۡنَ لَا یَہۡتَدُوۡنَ ﴿۴۱﴾
Dia (Sulaiman) berkata : “Ubahlah untuknya singgahsananya, kita akan melihat apakah dia(Balqis) mengenalinya atau tidak mengenalinya lagi.”

 فَلَمَّا جَآءَتْ قِیۡلَ اَہٰکَذَا عَرْشُکِ ؕ قَالَتْ کَاَنَّہٗ ہُوَ ۚ وَ اُوۡتِیۡنَا الْعِلْمَ مِنۡ قَبْلِہَا وَکُنَّا مُسْلِمِیۡنَ ﴿۴۲﴾
Maka ketika dia(Balqis) datang, ditanyakanlah (kepadanya) : “Serupa inikah singgahsanamu?” Dia (Balqis) menjawab : “Seakan-akan singgahsana di singgahsanaku, dan kami telah diberi pengetahuan sebelumnya2 dan kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah).”

 وَ صَدَّہَا مَا کَانَتۡ تَّعْبُدُ مِنۡ دُوۡنِ اللہِ ؕ اِنَّہَا کَانَتْ مِنۡ قَوْمٍ کٰفِرِیۡنَ ﴿۴۳﴾
Dan kebiasaannya menyembah selain Allah mencegahnya (untuk melahirkan ke-Islamannya), sesungguhnya dia (Balqis) dahulu termasuk orang kafir.

قِیۡلَ لَہَا ادْخُلِی الصَّرْحَ ۚ فَلَمَّا رَاَتْہُ حَسِبَتْہُ لُجَّۃً وَّکَشَفَتْ عَنۡ سَاقَیۡہَا ؕ قَالَ اِنَّہٗ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّنۡ قَوَارِیۡرَ ۬ قَالَتْ رَبِّ اِنِّیۡ ظَلَمْتُ نَفْسِیۡ وَ اَسْلَمْتُ مَعَ سُلَیۡمٰنَ لِلہِ رَبِّ الْعٰلَمِیۡنَ ﴿٪۴۴﴾
Dikatakan kepadanya (Balqis) : “Masuklah ke dalam istana. Maka ketika dia (Balqis) melihat (lantai istana) itu, disangkakannya kolam air yang besar dan disingkapkannya (hujung pakaiannya) kedua betisnya. Dia (Sulaiman) berkata: “Sesungguhnya ini hanyalah lantai yang dilapisi kaca.” Dia (Balqis) berkata : “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”

[Surah An-Naml : 20 – 44]
…………………………………………………………………

1. Al-Kitab di sini ialah kitab yang diturunkan sebelum Nabi Sulaiman  yakni Taurat dan Zabur.
2.Balqis telah mengetahui kenabian Nabi Sulaiman  sejak sebelum singgahsananya dipindahkan dari negeri Saba’ ke Palestin(Jerusalam).





     Allah Maha Kuasa mengisahkan apa yang terjadi antara Sulaiman  dan hud-hud. Setiap burung mempunyai perintis ataupun burung yang terpilih yang telah diberikan tanggungjawab untuk  melakukan tugasan dan menghadirkan diri mereka kepada  Sulaiman  sebagai tabiat mereka kepada Raja.

Ibn Abbas  dan yang lain menyatakan bahawa misi hud-hud adalah untuk mencari air di kawasan padang pasir dan tandus. Sememangnya, hud-hud mempunyai kelebihan tersebut seperti yang telah Allah Maha Kuasa kurniakan kepadanya – untuk mencari dan mengenal pasti kedudukan air bawah tanah. Hud-hud Nabi Sulaiman selalunya mencari air bawah tanah dan kemudiannya mengetuai gerombolannya ke situ; mereka menggali tanah tersebut untuk mendapatkan air itu keluar dan menggunakannya untuk memenuhi keperluan mereka.

Suatu hari, Sulaiman  memerlukan hud-hud, tetapi hud-hud tidak hadir dalam posisinya, kemudian Sulaiman  berkata : {"Mengapa aku tidak melihat burung belatuk(Hud-hud)? Adakah dia termasuk mereka yang tidak hadir?} yakni : hud-hud tiada di  sini, atau aku tidak dapat melihat hud-hud. {"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya}. Sulaiman mengancam hud-hud bahawa baginda akan menyeksa hud-hud dengan sebarang denda; {…atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)"} yakni : alasan jelas yang dapat menyelamatkannya daripada seksaanku. Allah Maha Berkuasa berfirman : {Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu} yakni : burung belatuk itu pergi tidak lama, kemudian {datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.} Bahawa{"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.}, dia mendiskripsi status raja dan pemerintah Saba’ dia Yaman: mereka mempunyai kerajaan yang kuat dan besar bersama tentera yang kuat. Semasa waktu itu, raja mereka mati dan tidak meninggalkan seorang pun waris melainkan anak perempuannya yang mereka jadikan sebagai raja.

Ath-Tha’labi dan yang lainnya menyatakan bahawa selepas kematian bapanya, rakyatnya mengambil seorang raja yang memerintah kepada kerosakan dan huru-hara. Dia (Balqis) melamar lelaki itu untuk berkahwin dan lelaki itu mengahwininya. Pada malam pertama mereka, dia memberikan suaminya arak hingga mabuk dan kemudian memancungnya dan menggantungnya di depan pintunya. Maka, rakyat telah menjadikannya raja. Dia adalah Balqis Binti as-Sairah. Ayahnya bernama al-Hudhad, atau Shurail Ibn Dhi Jadan Ibn as-Sairah Ibn al-Harith Ibn Qais Ibn Saifi Ibn Saba’ Ibn Yahsjub Ibn Ya’rub Ibn Qahtan. Ayahnya merupakan salah seorang raja yang mulia. Dia menolak untuk mengahwini wanita Yaman. Dikatakan bahawa dia mengahwini seorang Jin bernama Raihanah Binti as-Sakan yang telah melahirkan anak bernama Balqamah, dan kemudiannya dikenali sebagai Balqis.

Ath-Tha’labi daripada Sa’id Ibn Bashir daripada Qatadah  daripadaa an-Nadr Ibn Anas daripada Bashir Ibn Nahik daripada Abu Hurairah  bahawa Muhammad  bersabda:
“Salah seorang daripada ibu bapa Balqis merupakan daripada golongan Jin”
[Hadis ini lemah kerana salah satu daripada sanadnya mempunyai kelemahan]

Ath-Tha’labi berkata : Aku diberitahu daripada Abu Abdullah Ibn Qabhunah daripada Abu Bakr Ibn Jarjah daripada Abu Bakrah berkata : Dahulunya, Balqis pernah disebut Muhammad  bahawa :
“Rakyat yang diperintah oleh wanita tidak akan Berjaya.”
[Sanadnya, Isma’il Ibn Muslim telah dinyatakan oleh Ulama’ Hadis sebagai lemah : yakni, bukan periwayat hadis yang sah.]

Daripada ‘Auf daripada al-Hasan daripada  Abu Bakr  bahawa  : Apabila Rasulullah  diberitahu bahawa orang Parsi  menjadikan anak perempuan Khusrau sebagai pemerintah mereka, baginda bersabda :

“Rakyat yang diperintah oleh seorang wanita tidak akan pernah berjaya.”
[Sahih Bukhari]
Dan, katanya : {…dia  dianugerahkan  segala sesuatu} yang mampu diperoleh oleh segala pemerintah di dunia, {…serta memiliki singgahsana yang besar.} yakni, kerusi yang Balqis duduk dihiasa dengan mutiara, permata, emas dan segala barangan yang indah. Kemudian, dia(Ath-Tha’labi) menyatakan ketidakpercayaan mereka kepada Allah Maha Kuasa dan mereka menyembah matahari dan syaitan menghasut mereka dengan menjadikan amalan  mereka tampak mulia di mata mereka, yang menyebabkan mereka jauh dari Jalan Allah.

{(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.} yakni : Dia tahu segala rahsia dan perkara nyata samada bahan atau bukan bahan.

{"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".} yakni, Kerajaan Terbesar yang tiada antara makhluk-Nya punyai.

Seterusnya, Sulaiman menghantar hud-hud dengan surat mengajak mereka mengikut perintah Allah dan Rasul-Nya, untuk bertaubat dan menyerahkan kesetiaan mereka kepadanya. Dia menghantar mereka : {Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku} yakni, jangan biarkan kemuliaanmu menghalangmu untuk mentaatiku, {tetapi datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri(Muslimin).} yakni, orang yang beriman kepada Allah dengan penuh kepatuhan. Hud-hud menjatuhkan surat itu dekat kepada Balqis dan menanti apa yang akan dilakukan Balqis. Walaubagaimanapun, Balqis mengumpulkan pembesarnya, puteraa-putera serta para menteri untuk mengadakan mesyuarat. {(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.} Kemudian, dia membaca tajuknya, {Sesungguhnya  (surat) itu daripada Sulaiman}, dan dia membaca yang seterusnya {yang  isinya  : “Dengan Nama  Allah Yang Maha  Pemurah Lagi Maha Penyayang. Janganlah engkau berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri(Muslimin).”}

Kemudian Balqis meminta nasihat daripada pembesarnya itu dengan nada yang sangat lemah-lembut{Dia (Balqis)  berkata : “Wahai para pembesar! Berilah aku  pertimbangan dalam perkaraku(ini). Aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir dalam majlis(ku).} yakni, kalian berilah padaku cadanganmu. {Mereka menjawab : “Kita memiliki kekuatan dan keberanian luar biasa(untuk berperang)…}, yakni, kita mempunyai kekuatan dan keberanian untuk berperang dan mempunyai segala keperluan untuk berperang, maka jika Tuan Puteri mahukan cadangan ini, kami sedia memberikan taat setia. {… tetapi keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan engkau perintahkan} maka, mereka memberikan taat setia mereka setelah menunjukkan kebolehan dan kepakaran mereka sebelum mereka menyerahkan keputusan kepada Tuan Puteri Balqis semula. Sesungguhnya, pendapat Tuan Puteri Balqis lebih bijak dan lebih baik daripada mereka kerana dia tahu penulis surat itu tidak boleh dielak, ditipu ataupun diperbodoh.

{Dia(Balqis) berkata : “Sesungguhnya raja-raja apabila menakluk suatu negeri, mereka tentu membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina; dan demikian yang akan mereka buat.”} yakni, Balqis  menerangkan kepada pembesarnya itu bahawa sekiranya Raja menawan kerajaan miliknya ini, Balqislah orang yang akan menerima penyeksaan. {Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah  dan (aku) akan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh para utusan itu.} Balqis mahu merasuah Sulaiman  dengan hadiahnya itu mengetahui bahawa baginda tidak akan menerima apa-apa daripada mereka melainkan  Islam, sedangkan Balqis dan rakyatnya masih kafir sementara Sulaiman  mempunyai tentera yang lebih kuat berbanding mereka.

Untuk ini, { Maka ketika para (utusan itu) sampai kepada Sulaiman, dia (Sulaiman) berkata : “Apakah patut kamu memberikan harta kepadaku? Kerana apa yang Allah berikan kepadaku lebih baik daripada apa yang Allah berikan kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.} Kemudian Sulaiman berkata kepada utusan Balqis yang membawa hadiah itu, { Kembalilah kepada mereka! Sesungguhnya kami pasti akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan akan kami usir mereka dari negeri itu (Saba’) secara terhina dan mereka akan menjadi (tawanan) yang hina dina.”} yakni, pergilah kembali bersama hadiahmu ini kerana apa yang Allah berikan kepadaku jauh lebih baik daripada harta ini, kekayaan dan hadiah yang kamu banggakan. { Sesungguhnya kami pasti akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya } yakni, tentera yang tidak dapat dikalahkan atau ditempur, dan tambahan kami akan usir mereka dari tanah mereka, harta dan kekayaan { secara terhina dan mereka akan menjadi (tawanan) yang hina dina.”}

Setelah mereka mendengar berita itu, mereka segera mengisytiharkan ketaatan mereka untuk menemani puteri mereka dalam pemergian Balqis menemui Sulaiman  . Apabila baginda  mendengar hal itu, baginda  berkata kepada jin daripada tenteranya jika mereka mampu membawa istana Balqis sebelum dia sempat datang ke istana Sulaiman  tersebut. {‘Ifrit daripada golongan Jin berkata : “Aku yang akan membawanya kepadamu sebelum engkau berdiri dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat untuk membawanya, lagi dipercayai.”} yakni, aku cukup kuat untuk membawa istana Balqis kepadamu, dan pada masa sama dia boleh dipercayai untuk mengangkut permata dan berlian dari istana tersebut. Tetapi {Seorang yang mempunyai ilmu daripada Kitab berkata :} yakni, Asif bin Barkhiya sepupu Sulaiman, berkata ia merupakan salah seorang Jin beriman yang tahu Nama Mulia Allah. Juga disebut bahawa dia merupakan salah seorang ulama Bani Israel. Tambahan, dikatakan kepada Sulaiman sendiri, yang merupakan pendapat pelik dan di mana as-Suhaili mendiskripsikan sebagai keluar daripada konteks. Pendapat keempat menyatakan bahawa ia adalah Jibril  .

{Aku akan membawa singgahsana  itu kepadamu sebelum matamu berkelip.”} yakni sebelum kamu menghantar utusan ke tempat paling jauh di dunia dan dia datang kembali kepadamu. Juga disebut : sebelum orang paling jauh yang kamu boleh nampak sampai kepadamu; atau sebelum mata kamu sakit melihat satu titik dan mata kamu tertutup; atau sebelum kamu mendapat semula penglihatanmu sekiranya kamu lihat ke tempat jauh yang matamu dapat lihat kemudian kamu tutup matamu(kebanyakkannya adalah tafsiran).

{Maka ketika dia (Sulaiman) melihat singgahsananya itu terletak di hadapannya} yakni, ketika dia nampak istana Balqis  di hadapannya, dalam masa singkat ini, daripada Yaman ke Jerusalam, dia pun berkata : {“Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari(nikmatNya).”} yakni, ini adalah kurniaan Allah dikurniakan kepadanya dan kurniaanNya kepada seluruh manusia untuk menguji samada orang itu bersyukur atau tidak. {Barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri} yakni, keuntungannya akan datang kepada orang itu semula. {Dan barangsiapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Mulia.} yakni, Dia tidak memerlukan terima kasih daripada insan yang bersyukur, mahupun terancam oleh orang yang tidak bersyukur.

Kemudian Sulaiman mengarahkan agar istana Balqis diubah untuk menguji mentaliti dan kefahaman Balqis, berkata {kita akan melihat apakah dia(Balqis) mengenalinya atau tidak mengenalinya lagi. Maka ketika dia(Balqis) datang, ditanyakanlah (kepadanya) : “Serupa inikah singgahsanamu?” Dia (Balqis) menjawab : “Seakan-akan singgahsana di singgahsanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya2dan kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah).”}Hal ini kerana kefahamannya dia mengetepikan kebarangkalian bahawa ini adalah istananya sendiri kerana dia baru meninggalkan istananya jauh di Yaman, dan dia tidak tahu bahawa ada orang yang mampu melakukan kerja sebaik ini untuk mengalihkannya ke Jerusalam.

Allah Maha Kuasa Berfirman {kami telah diberi pengetahuan sebelumnya2 dan kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah). Dan kebiasaannya menyembah selain Allah mencegahnya (untuk melahirkan ke-Islamannya), sesungguhnya dia (Balqis) dahulu termasuk orang kafir.} yakni, menyembah matahari yang dahulunya Balqis dan rakyatnya selalu lakukan kerana mengikut agama nenek moyang mereka. Sulaiman  sebelum itu mengarahkan Sarh (permukaan kaca yang di bawahnya terdapat air yang terdapat pelbagai macam ikan dan hidupan laut) untuk dibina. Kemudian, Balqis dipinta untuk masuk Sarh tersebut manakala Sulaiman  duduk di atas istana baginda. { Maka ketika dia (Balqis) melihat (lantai istana) itu, disangkakannya kolam air yang besar dan disingkapkannya (hujung pakaiannya) menampakkan kedua betisnya. Dia (Sulaiman) berkata: “Sesungguhnya ini hanyalah lantai yang dilapisi kaca.” Dia (Balqis) berkata : “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan seluruh alam.”}

Disebut bahawa : Sulaiman  mahu mengahwini Balqis dan dia bertanya kepada manusia cara untuk menghilangkan bulu di kakinya, dan mereka mencadangkan cukur, tetapi  Balqis takut kepadanya. Kemudian, Baginda  meminta Jin untuk membina kolam mandi untuk baginda. Maka, baginda merupakan orang pertama untuk memasuki kolam mandi tersebut.

At-Tha’labi dan yang lain menyebut : Bila Sulaiman berkahwin dengan Balqis, baginda pulang ke kerajaan Yaman dan dia selalu melawatnya di sana untuk 3 hari sebulan, kemudian pulang semula ke Jerusalam dengan karpet terbangnya. Tambahan, dia mengarah Jin untuk membinakan untuknya 3 istana di Yaman : Ghamdan, Salhin dan Bitun. Wa Allahu ‘Alam.

Ibn Ishaq daripada beberapa ulama’ daripada Wahb Ibn Munabih bahawa Sulaiman tidak mengahwininya, tetapi baginda berkahwin dengan Puteri Ramadan dan membiarkan dia mentadbir Yaman semula, dan baginda mengisytiharkan dia sebagai Raja Jin di Yaman untuk membinakannya 3 istana yang disebut sebelum ini. Hal ini tidak diizinkan seperti yang sebelum ini, Wallahu alam!

0 comments:

Post a Comment