Di dalam kitab al-Kawakib ad-Durriyyah, diriwayatkan bahawa di Basrah,terdapat seorang lelaki yang mengadakan majlis Maulid Nabi pada setiap tahun. Berdekatan dengan rumahnya hidup sebuah keluarga Yahudi.
Pada suatu hari, isteri Yahudi tersebut bertanya kepada suaminya:
"Apa halnya dengan jiran muslim kita itu, setiap tahun dia akan membelanjakan wang yang banyak sepertimana yang dibelanjakannya pada bulan ini?"
Maka kata suaminya: "Mereka percaya bahawa pada bulan ini, nabi mereka dilahirkan."
Sedang mereka tidur pada malamnya, isterinya bermimpi melihat seorang lelaki yang cukup hebat, penuh kebesaran, kehormatan dan bercahaya berada di antar sahabat-sahabatnya yang mengelilinginya seolah-oleh lelaki tersebut seperti bulan. Maka perempuan tersebut berkata kepada salah seorang daripada sahabat-sahabat tersebut.
"Siapakah orang yang mempunyai cahaya yang memancar-mancar seperti ini?"
Mereka menjawab, "Dia adalah seorang Nabi berbangsa Arab yang dipilih Allah."
Perempuan itu bertanya lagi:
"Adakah dia akan bercakap denganku sekiranya aku ingin bercakap dengannya?"
Mereka berkata : "Dia bukanlah seorang yang sombong atau meninggikan diri."
Lalu perempuan itu berkata : "Wahai Muhammad (s.a.w.)!"
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab dengan mulut yang manis : "Labbaiki(Ya! Aku menyahut seruanmu.)"
Maka perempuan itu pun berkata : "Kamu menjawab panggilan orang sepertiku ini dengan jawapan 'labbaiki', sedangkan aku bukannya berada di dalam agamamu."
Kemudian Rasulullah s.a.w. pun bersabda : "Tidaklah aku berkata kepadamu seperti sebentar tadi, melainkan setelah aku mengetahui bahawa Allah telah memberikan petunjuk-Nya kepadamu."
Lantas, perempuan itu berkata kepada baginda, "Sesungguhnya kamu adalah Nabi yang mulia dan kamu mempunyai akhlak yang mulia. Hulurkanlah tanganmu, maka aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa engkau Muhammad adalah pesuruh Allah."
Setelah itu, perempuan itu bernazar, apabila siang menjelang, dia akan mensedekahkan segala harta yang dimilikinya kerana berasa gembira di atas ke-Islamannya dan akan dibelanjakan untuk meraikan Maulid Nabi s.a.w.
Dan apabila bangun perempuan itu dari tidur, dia mendapati suaminya telah bersiap-sedia untuk mengadakan kenduri dan pada pagi itu suaminya kelihatan begitu berhemah tinggi. Maka dia pun berkata kepada suaminya, "Aku melihat kamu berada di dalam keazaman yang cukup baik."
Maka suaminya menjawab, "Ini adalah kerana orang yang kamu masuk Islam di tangannya semalam."
Isterinya berkata pula : "Siapakah yang telah membukakan bagimu akan rahsia ini dan memberitahumu?"
Jawabnya : "Orang yang telah meng-Islamkan aku dengan tangannya selepas meng-Islamkan kamu semalam."
Oleh : Syeikh Ali Ibn Nasir Al-Hijazi Al-Maliki
*Rujukan
0 comments:
Post a Comment