Wednesday, September 11, 2013

Posted by Unknown | File under : ,
Muslim Menyembah Ka’abah?


Soalan:Bukankah Islam itu melarang menyembah patung tetapi kenapa Muslim menyembah dan tunduk kepada Ka’abah dalam solat?

Jawapan:Ka’aba adalah Qiblat, iaitu arah di mana Muslim menghadap ketika mereka solat. Perlu diingatkan bahawa Muslim tidak pernah sesekali menyembah Ka’abah, melainkan mereka hanya menyembah Allah Maha Satu. Berikut adalah beberapa pencerahan dan penerangan.

(1) Islam Zaman Dahulu
Pada Zaman Islam yang dahulu, Bilal iaitu orang yang melaungkan azan akan berdiri di atas Ka’abahuntuk azan. Maka tidak logik bahawa seorang bilal yang dikatakan menyembah Ka’abah, berdiri dan memijak di atas Ka’abah iaitu Tuhannya? Jika Ka’abah itu Tuhan, kenapa memijak Tuhan?

(2) Jahitan Gambar Ka’abah Atas Sejadah
Jika anda lihat beberapa sejadah yang digunakan Muslim, terdapat gambar Ka’abah yang dijahit atasnya.
Jika Ka’abah itu Tuhan yang disembah, kenapa diletakkan di atas lantai dan dipijak-pijak oleh kaki? Setaraf dengan kaki? Penganut agama mana yang akan memijak Tuhannya?

(3) Ka’abah Penyatu Masyarakat Muslim
Ka’abah adalah arah di mana seluruh Muslim di dunia menghala ketika mereka solat. Jika tiada Ka’abah, ibadat mereka bersepah dan tidak teratur.
Ka’abah adalah suatu tanda/arah untuk menyatukan umat Muslim agar mereka bersepadu dan berkumpul menghala ke arah yang sama.

(4) Ka’abah Adalah Titik Tengah Peta Dunia.
Muslim adalah golongan pertama yang melukis peta dunia. Mereka melukis peta dengan bahagian Selatan menghala atas dan bahagian Utara menghala bawah. Ka’abah adalah titik  tengahnya.
Tetapi kemudian kartografer barat (pelukis peta)melukis peta, cuma diterbalikkan sahaja di mana Utara di atas dan Selatan di bawah. Dan Alhamdulillah, Ka’abah tetap di tengah-tengah.

(5) Ka’abah Kawasan Neutral
Sains membuktikan bahawa Ka’abah adalah titik neutral dunia, di mana kompas bahkan tidak bergerak, kerana mereka berada di kawasan sifar. Anda boleh merujuk saintis jika tidak percaya kata saya. Sains telah buktikan.
Bahkan, burung-burung tidak akan lalu di atas Ka’abah tetapi mereka akan mengelilingi keliling Ka’abah semata-mata untuk melintas.
Sains juga telah buktikan, bahawa terdapat satu gelombang infiniti di Ka’abah yang menghala kea rah langit, dan gelombang ini tidak ada di tempat lain melainkan hanya di Ka’abah.

Konklusi:Sekarang anda sudah tahu bahawa Muslim tidak menyembah Ka’abah, tetapi Ka’abah hanyalah arah mereka untuk beribadat. Hujah di atas mampu mematahkan pendapat bahawa Muslim itu menyembah Ka’abah. Tidak logik sekali hujah mereka.



Wallahu alam, Allah Lebih Mengetahui. 


Rujukan

0 comments:

Post a Comment