Cara melaksanakan SOLAT ISTIQARAH :
Solat istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah bagi menentukan pilihan yang lebih baik antara dua perkara yang belum dapat ditentukan baik buruknya bagi seseorang. Apabila seseorang berazam untuk mengerjakan sesuatu maksud sedangkan ia ragu-ragu samada patut diteruskan atau tidak, maka disunatkan melakukan solat sunat istikharah.
Cara melaksanakan SOLAT ISTIQARAH ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
• Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
• Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah surah Al-Kafirun (1 kali).
• Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah surah Al-Ikhlas (1 kali).
• Selepas salam, perbanyakkan istighfar & berdoa bersungguh-sungguh & doa istiqarah jgn lupe membacanya:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

0 comments:
Post a Comment