Segala puji-pujian bagi Allah, kerana walaupun saya tidak diberi peluang untuk jihad di medan perang, saya diberi peluang untuk jihad dalam menyebarkan Islam, moga saya dan anda semua dapat bersama-sama jihad menegakkan agama Islam, Insha-Allah.
Seperti yang kita tahu, sahabat-sahabat muslim kita di luar sana sedang berperang dengan tentera Yahudi. Sudah pasti, kesusahan, kesedihan, keperitan dan kematian sahabat-sahabat kita di sana, amat berat untuk kita menerimanya, bahkan juga bagi orang bukan Islam yang memahami lagi baik hati mengenai sahabat-sahabat kita ini.
Sudah hampir 50 tahun mereka berperang dengan Yahudi ini, bahkan bantuan perubatan dari setiap negara juga telah dihantar kepada orang Palestine, namun itu semua tidak mencukupi kerana terdapat juga sukarelawan yang syahid, bahkan kenderaan pun belum sampai tetapi sudah dimusnahkan, astaghfirullah.
Namun, kita semua tahu, tidak kira kita beragama Islam atau Yahudi, bahawa pihak yang beramal soleh serta taat kepada Tuhan Sekalian Alam, pasti akan menang dalam peperangan ini meskipun kami menafikannya. Percayalah, pihak Islam akan menang suatu hari nanti. Kita berdoalah agar kita turut sama syahid dalam memperjuangkan Islam. Bahkan sekiranya kita diberi peluang untuk hidup sekali lagi setelah syahid, akanku syahid sekali lagi dan hidup, dan syahid sekali lagi kiranya Allah izinkan, kerana syahid itu indah dan dijanjikan balasan yang baik oleh Allah swt.
"Tidak akan terjadi hari kiamat sebelum kaum Muslimin memerangi orang-orang Yahudi. Kemudian kaum Muslimin membunuh mereka sampai orang Yahudi bersembunyi di belakang batu atau pohon. Maka batu atau pohon itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini di belakangku ada Yahudi, ke marilah lalu bunuhlah. Kecuali pohon Gharqad (sebuah pohon berduri yang dikenali dalam kalangan bangsa Yahudi), sesungguhnya Gharqad itu adalah salah satu pohon bangsa Yahudi."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat waktu ini, kita janganlah menyerah kalah dan sentiasa berdoa agar Allah memberikan bantuan-Nya kepada kaum Muslimin dan menjatuhkan kaum Yahudi itu, Ameen ya Robb!
0 comments:
Post a Comment