Showing posts with label korban. Show all posts
Showing posts with label korban. Show all posts

Sunday, October 13, 2013

Posted by Unknown | File under :
WAKTU PENYEMBELIHAN KORBAN
Oleh
Dr Abdullah bin Muhammad Ath-Thayyar
Waktu penyembelihan korban mulai dari setelah ‘Id di hari raya korban sampai terbenam matahari pada hari terakhir Tasyriq yaitu tanggal 13 Dzulhijjah. Sehingga hari penyembelihan adalah empat hari : satu hari di hari raya korban setelah shalat ‘Id dan tiga hari setelahnya. Barangsiapa menyembelih korbannya sebelum selesai shalat ‘Id atau setelah terbenamnya matahari tanggal 13 Dzulhijjah, maka korbannya tidak sah. Ada yang mengatakan bahawa waktu penyembelihan hanya dua hari setelah ‘Id saja, dan menurut pendapat ini hari penyembelihan hanya tiga hari saja. Tetapi yang rajih adalah pendapat yang pertama.
Dibolehkan menyembelih korban di waktu siang atau malam, namum penyembelihan di siang hari lebih utama. Setiap hari dari hari-hari penyembelihan lebih utama dari hari setelahnya, kerana mendahulukan sembelihan termasuk sikap bersegera melaksanakan ketaatan.
Imam An-Nawawi Rahimahullah berkata : Adapun waktu berkorban, maka sepatutnya menyembelihnya setelah shalat bersama imam dan ketika itu sah secara ijma’. Ibnul Munzdiri Rahimahullah berkata, “Mereka telah berijma’ bahawa penyembelihan korban tidak boleh dilakukan sebelum terbitnya matahari pagi hari raya korban. ‘Dan mereka berbeda pendapat pada penyembelihan setelahnya’ (1).
al-Hafidz Ibnu Hajar Rahimahullah berkata, “Mereka sepakat bahawa korban disyariatkan juga di malam hari sebagaimana disyariatkan di siang hari, kecuali satu riwayat dari Imam Malik dan juga Imam Ahmad (2).
KORBAN SAH UNTUK BERAPA ORANG ?
Satu korban berupa kambing cukup untuk seorang daripada ahli keluarganya dan kaum muslimin yang dia kehendaki, baik masih hidup ataupun sudah wafat. Telah diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyembelih korbannya, beliau berkata :
“Ertinya : Ya Allah, terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad”
Sepertujuh untuk unta atau sapi mencukupi dari orang yang cukup untuk satu kambing. Seandainya seorang muslim menyembelih sepertujuh unta atau sapi untuknya dan keluarganya, maka itu adalah sah, dan seandainya untuk tujuh orang brserikat menyembelih korban, satu unta atau satu sapi, maka itupun sah.
ORANG YANG DISYARIATKAN BERKORBAN
Pada asalnya korban itu disyariatkan untuk oang yang masih hidup, berdasarkan riwayat yang mengatakan bahawa beliau telah menyembelih haiwan korban untuk diri dan keluarganya.
Adapun perbuatan sebahagian orang yang mendahulukan korban untuk mayat atas diri dan keluarganya sebagai shadaqah dari mereka, maka amalan ini tidak mempunyai dasar menurut apa yang kami ketahui. Namun, seandainya dia berkorban untuk diri dan keluarganya lalu memasukkan orang-orang yang telah meninggal dunia bersama mereka atau menyembelih korban untuk mayat secara sendirian sebagai shadaqah darinya, maka hal itu tidak mengapa dan dia mendapat pahala, insya Allah
Adapun korban untuk orang yang telah meninggal dunia yang merupakan wasiat (orang yang mati) kepadanya, maka ini wajib dilaksanakan, walaupun dia belum berkorban untuk dirinya sendiri, kerana ia diperintahkan untuk melaksanakan wasiat tersebut.
(Disalin dari kitab Ahkaamul Iidain wa Asyri Dzil Hijjah, Edisi Indonesia Lebaran Menurut Sunnah Yang Shahih, Penulis Dr Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Ath-Thayyar, Penerjemah Kholid Syamhudi Lc, Penerbit Pustaka Ibnu Katsir)
__________
Foote Note
(1). Shahiih Muslim bi Syarh An-Nawawi (XIII/110)
(2). Fathul Baari (X/8)

Posted by Unknown | File under : ,
HUKUM MEMOTONG RAMBUT ATAU KUKU PADA SEPULUH HARI PERTAMA DZULHIJJAH BAGI ORANG YANG AKAN MENYEMBELIH KORBAN
Oleh
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin
Soalan
Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin ditanya : Ada seseorang yang akan menyembelih haiwan korban hanya untuk dirinya saja. Atau hendak berkorban untuk dirinya dan kedua orang tuanya. Bagaimana hukum memotong rambut atau kuku baginya pada hari-hari di antara sepuluh hari pertama Dzulhijjah? Apa hukumnya bagi perempuan yang rambutnya gugur ketika disisir? Dan bagaimana pula hukumnya kalau niat akan berkorban itu baru dilakukan sesudah beberapa hari dari sepuluh hari pertama Dzulhijjah, sedangkan sebelum berniat dia sudah memotong rambut dan kukunya? Sejauh mana darjat pelanggaran kalau dia memotong rambut atau kukunya dengan sengaja sesudah berniat berkorban untuk dirinya atau kedua orang tuanya atau untuk kedua orang tua dan dirinya ? Apakah ini akan mempengaruhi terhadap sahnya korban?
Jawapan
Diriwayatkan dari Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda.
“Ertinya : Apabila sepuluh hari pertama (Dzulhijjah) telah masuk dan seseorang di antara kamu hendak berkorban, maka janganlah menyentuh rambut dan kulitnya sedikitpun” (Hadits Riwayat Muslim).
Ini adalah nash yang menegaskan bahawa yang tidak boleh memotong rambut dan kuku adalah orang yang hendak berkorban, tidak kira korban itu atas nama dirinya atau kedua orang tuanya atau atas nama dirinya dan kedua orang tuanya. Ini kerana dialah yang membeli dan membayar harganya. Adapun kedua orang tua, anak-anak dan isterinya, mereka tidak dilarang memotong rambut atau kuku mereka, sekalipun mereka diikutkan dalam korban itu bersamanya, atau sekalipun dia yang secara sukarela membelikan haiwan korban dari wangnya sendiri untuk mereka. Adapun tentang menyisir rambut, maka perempuan boleh melakukannya sekaipun rambutnya berjatuhan kerananya, demikian pula tidak mengapa kalau lelaki menyisir rambut atau janggutnya lalu berjatuhan kerananya.
Barangsiapa yang telah berniat pada pertengahan sepuluh hari pertama untuk berkorban, maka dia tidak boleh mengambil atau memotong rambut dan kukunya pada hari-hari berikutnya, dan tidak dosa apa yang terjadi sebelum berniat. Demikian pula, dia tidak boleh mengurungkan niatnya berkorban sekalipun dia telah memotong rambut atau kukunya secara sengaja. Dan juga jangan tidak berkorban kerana alasan tidak menahan diri untuk tidak memotong rmabut atau kuku yang sudah menjadi kebiasaan setiap hari atau setiap minggu atau setiap dua minggu sekali. Namun jika mampu menahan diri untuk tidak memotong rambut atau kuku, maka dia wajib tidak memotongnya dan haram baginya memotongnya, sebab posisi dia pada saat itu mirip dengan orang yang mengiring haiwan korban (ke Mekkah di dalam beribadah haji). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.
“Ertinya : Janganlah kamu mencukur (rambut) kepalamu sebelum haiwan korban sampai pada tempat penyembelihannya” (Al-Baqarah : 196).
Wallahu ‘alam
(Fatawa Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin, tanggal 8/12/1421H, dan beliau tanda tangani)
(Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq)
Posted by Unknown | File under :
MENUNTUNI SUNNAH RASULULLAH DALAM IBADAH KORBAN
Di-Edit Semula Dari Kertas Kerja asal milik al-Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri
Audio Kuliah (mp3) – [Download], Video Kuliah (WMV) – [Download]
Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadat kita diterima atau ditolak oleh Allah S.W.T… Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadat tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.
Gambar hiasan
Sekiranya kedua syarat yang telah digariskan di atas atau salah satu darinya tidak dipenuhi, maka amal ibadat tersebut dianggap terbatal. Firman Allah S.W.T:
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk, 2) 

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.h:
“Maksud ‘amalan yang lebih baik’ ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” (Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258)
Tambahan pula Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang terbaik kepada seluruh umat Islam. Hal ini adalah sebagaimana firman Allah S.W.T:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzaab, 21)
Begitu juga menurut suatu hadis riwayat Muslim, maksudnya:
“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan (ibadat) bukan menurut cara kami (yang tsabit) maka ia adalah tertolak.” (Sahih Muslim, 1718)
Oleh itu sewajarnya dalam melaksanakan ibadat korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya untuk mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w.
Pertamanya, dalam persoalan hukum ibadah korban ini, para ulama telah berselisih pendapat dalam hal kewajiban penyembelihan binatang korban. Tetapi menurut pendapat yang lebih kuat (rajih) adalah hukumnya wajib bagi setiap orang Islam yang berdaya (mampu) untuk berkorban. (Lihat: احكام العيدين hlm. 26. Ali Hasan Ali Abdul hamid) Ini bermakna setiap muslim yang berkemampuan wajib menunaikan kewajipan korban di setiap kali menjelangnya Aidil Adha (Hari Raya Korban).
Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai solat Hari Raya ‘Idil Adha atau di hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
لاَ يَذْبَحَنَّ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُصَلِّيَ
“Janganlah sekali-kali salah seorang antara kamu menyembelih korban, sehinggalah selepas selesai solat (Aidil Adha)”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Allah Azza wa-Jalla telah memerintahkan agar orang-orang beriman berkorban setelah menjelangnya ‘Idil Adha (Hari Raya Korban). Kewajipan berkorban telah disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Umat Islam diperintahkan agar mengikut millah (agama) Nabi Ibrahim sebagaimana seruan Allah Azza wa-Jalla di dalam firman-Nya:
ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا وَمَاكَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ
“Kemudian Kami wahyukan kepadamu hendaklah mengikut millah (syariat) Ibrahim yang berdiri teguh atas jalan yang benar, dan bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah”. (An-Nahl, 123)
Perintah Allah Tabaraka wa-Ta’ala menunjukkan tentang wajibnya berkorban, sehingga Nabi Ibrahim ‘alaihis salam sanggup menyembelih anak kesayangannya kerana mentaati dan menunaikan perintah Allah Azza wa-Jalla kepadanya. Allah berfirman:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّيْ أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّيْ أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِيْ إِنْ شَآءَ اللهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ
“Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai pada umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab: Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang benar!”. (As-Saffat, 37:102)
Jika Nabi Ibrahim ‘alaihis salam sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang, Nabi Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tak ternilai kerana taat menunaikan perintah Allah dan cintanya kepadaNya, maka dimana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman terhadap Rabbnya, mengapa tidak mengorbankan sedikit dari hartanya, iaitu dengan menyembelih seekor binatang korban di ‘Idil Adha.
DALIL-DALIL MENUNJUKKAN TUNTUTAN BERKORBAN
Antara dalil-dalil syara’, fatwa dan pendapat para ulama Salaf as-Soleh yang mewajibkan berkorban setelah ada berkemampuan ialah:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”. (Al-Kausar, 2)
Menurut Rabi’ah, Al-Auza’i, Abu Hanifah, al-Laith dan sebahagian para pengikut Malikiyah bahawa berkorban hukumnya adalah wajib bagi setiap ahli keluarga yang mampu. (Lihat: (1). Bidayah al-Mujtahid. 1/314. Ibn Asyd. (2). Al-Fikhul Islami wa-Adillatuhu. Juz 3/595-597. Dr. Wahbad az-Zuhaili) Antara dalil-dalil mereka yang menunjukkan wajibnya berkorban kepada sesiapa yang berkemampuan ialah:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : أَقَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالْمَدِيْنَةِ عَشَرَ سِنِيْنَ يُضَحِّى
“Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menetap (mukim) di Madinah selama sepuluh tahun, baginda tetap menunaikan korban”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
كَانَ الرَّجُلُ فِى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُضَحَّى بِالشَّائِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِهِ
“Dimasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setiap seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya”. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis ini disahihkan juga oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ أُضْحِيَةٌ
“Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau))
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحَّ ، فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا
“Barangsiapa yang mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban), lalu dia tidak mahu berkorban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld. 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram, 1349 dan Ahkam al-I’dain, hlm. 26)
Telah dijelaskan dalam kibab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:
“Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban)”. (Lihat: Subulus Salam, 4/169)
أَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحَّى عَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِهِ بِكَبْشٍ
“Bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah berkorban untuk orang yang belum berkorban dari umatnya dengan seekor kambing kibasy”. (Hadis Riwayat al-Barra’ bin Azib)
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى سَفَرٍ ، فَحَضَرَ اْلأَضْحَى ، فَاشْتَرَكْنَا فِى الْبَقَرَةِ سَبْعَةٌ ، وَفِى الْبَعِيْرِ عَشَرَةٌ
“Dari Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di salah satu perjalanan (safar), kemudian tiba Hari Raya Korban, maka kami berkongsi tujuh orang pada seekor lembu dan sepuluh orang pada seekor unta”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi, 1213. Dan disahihkan oleh al-Albani)
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : نَحَرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحُدَيْبِيَةِ الْبُدْنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Hudaibiyah, iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Imam Malik rahimahullah berkata:
“Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)
Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum berkorban adalah sunnah, bukan wajib. Inilah antara pendapat Imam Syafie rahimahullah. Namun setiap kata-kata dan pendapat boleh diterima dan ditolak, kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
WAKTU MULA MENYEMBELIH KORBAN
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat Hari Raya. Tidak dihukum sebagai ibadah korban bagi sesiapa yang menyembelih sebelum selesainya solat Aidil Adha. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
أَقَبْلَ الصَّلاَةِ ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : تِلْكَ شَاةُ لَحْمٍ
“Baginda bertanya apakah (disembelih) sebelum solat? Ia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Itu adalah daging kambing (sedekah) yang bukan kambing korban”.
اِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِى يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّيْ ، ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَحَرَ ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلَكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا ، وَمَنْ ذَبَحَ قَبْلَ ذَلَكَ ، فَاِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِى شَيْءٍ
“Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Hari Raya Korban) ialah kita solat, kemudian menyembelih (binatang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendpatkan sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat, maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun”. (Hadis Riwayat Muslim, 1961)
مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ نُصَلِّي فَلبْيَذْبَحْ مَكَانَهُ أُخْرَى
“Barangsiapa yang menyembelih sebelum kami bersolat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya”.
مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ
“Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (solat Hari Raya), maka hendaklah dia mengulanginya”. (Hadis Riwayat Bukhari, kitab Al-Adahi, 5561. Muslim, 1962)
مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ ، فَإِنَّمَا يَذْبَحُ لِنَفْسِهِ ، وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلاَةِ وَالْخُطْبَتَيْنِ ، فَقَدْ اَتَمَّ نُسُكَهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang menyembelih sesudah solat dan dua khutbah, maka sesungguhnya sempurnalah ibadahnya dan tepatlah menurut sunnah orang-orang Islam”. (Hadis Riwayat Bukhari)
HARI UNTUK MELAKSANAKAN BERKORBAN
Hari yang diizinkan menyembelih korban ialah hanya pada hari hari Tasyriq, iaitu sampai terbenamnya matahari diakhir hari Tasyriq. Demikianlah dari Ali bin Abi Talib, pendapat mazhab Hanafiah dan mazhab Syafi’eyah. (Lihat: Subulus Salam) Malah Imam Ahmad berpendapat seperti itu kerana beliau berkata:
“Ini adalah pendapat lebih dari satu sahabat Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Al-Atsram menyebutkan antara mereka ialah: Ibnu Umar dan Ibnu Abbas radiallahu anhuma”. (Lihat: Zaadul Ma’ad. 2/319)
Pendapat mereka ini ialah berpandukan kepada hadis-hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِقِ ذَبْحٌ
“Pada semua hari-hari Tasyriq adalah hari sembelihan (korban)”. (Hadis Riwayat Ahmad 4/8. Ibnu Hibban dan al-Baihaqi. Disahihkan oleh Syu’aib al-Arnauth. Lihat: Zaadul Maadm, 11/318, Ibnul Qaiyim. Dan dihasankan oleh Sheikh Ali Hasan Abdul Hamid. Lihat: Ahkamul Iedain)
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : أَلأَضْحَى يَوْمَانِ بَعَدَ يَوْمِ اْلأَضْحَى
“Dari Ibnu Umar berkata: Berkorban dua hari setelah hari Adha Masuk Hari Raya)”. (Hadis Riwayat imam Malik)
Sesiapa yang menyembelih dengan niat untuk berkorban selepas hari-hari yang dinyatakan di atas, iaitu setelah berlalunya hari Tasyrik, maka tidak lagi terhitung sebagai ibadah korban, kerana hari Tasyriq telah luput, maka sembelihannya hanya dikira sebagai sedekah, tidak dihukum sebagai ibadah korban.
HAIWAN YANG TIDAK CACAT
Haiwan yang ingin dijadikan korban tidak boleh cacat atau ada kekurangan, seperti kurus, pincang (tempang), berpenyakit, buta walau sebelah mata, hilang telinga, tanduk atau kakinya. Syarat-syarat ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
أَرْبَعٌ لاَ تَجُوْزُ فِى اْلأَضَاحِيْ ، اَلْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوْرَهَا ، وَالْمَرِيْضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا ،وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ضَلْعُهَا ، اَلْكَبِيْرُ الَّتِيْ لاَ تُنْقَى أَيْ لاَ مُخَّ لَهَا
“Empat (jenis binatang) yang tidak dibolehkan dalam berkorban: Buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang (pincang) yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim)
HADIS-HADIS LEMAH DALAM HAL INI
Hadis-hadis di bawah ini adalah hadis-hadis lemah. Walaupun sebahagian besar masyarakat Islam masih mengamalkan dan menerimanya sebagai hujjah dalam menunaikan ibadah korban, namun yang sebenarnya ia sama sekali tidak boleh dijadikan dalil/hujjah dan tidak boleh diamalkan untuk beribadah korban. Antara hadis-hadis berikut ialah:
اِنَّمَا نَهَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمَصْفَرَةِ وَالْمَسْتَاْصَلَةِ ، وَالْبَخْقَاءِ ، وَالْمُشَيَّعَةِ ، وَالْكَسِيْرَةِ ، فَالْمُصْفَرَةِ الَّتِيْ تَسْتَأْصَلُ أُذُنُهَا حَتَّى يَبْدُوْ صَمَاخُهَا ، وَالْمُسْتَأْصَلَةُ الَّتِيْ ذَهَبَ قَرْنُهَا مِنْ أَصْلِهَا ، وَالْبَخْقَاءُ الَّتِيْ تُبْخَقُ عَيْنُهَا ، وَالْمُشَيَّعَةُ الَّتِيْ لاَ تَتْبَعُ الْغَنَمُ عَجْفًا وَضَعْفًا ، وَالْكَسِيْرَةُ الَّتِيْ لاَ تُنْقِى
“Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang dari musfarah, al-musta’salah, al-bakhqaa’, al-musyaya’ah dan al-kasirah. Al-musfarah ialah yang dihilangkan telinganya dari pangkalnya. Al-musta’salah ialah yang hilang tanduknya dari pangkalnya, al-bukhqaa’ ialah yang hilang penglihatannya dan al-musyaya’ah ialah yang tidak dapat mengikuti kelompok kambing kerana kurus dan lemahnya, dan al-kasirah ialah yang tidak berlemak”. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani dalam Dhaif Abu Daud, no 599. Hlm 2/4)
اِشْتَرَيْتُ كَبْشًا أُضَحِّيْ بِهِ فَعَدَ الذِّءْ بُ فَأَخَذَ اْلإِلْيَةَ ، فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : ضَحِّ بِهِ
“Saya membeli seekor kambing untuk berkorban, lalu serigala menerkamnya dan membaham punggungnya, kemudian aku tanyakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam, baginda bersabda: berkorbanlah dengannya”. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Lihat: Daif Ibnu Majah no. 679)
نَهَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُضَحِّيَ بِأَعْضَبِ الْقَرْنِ وَاْلأُذُنِ
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menegah seseorang berkorban dengan binatang yang terpotong tanduk dan telinganya”. (Menurut Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, hadis in adalah mungkar. Lihat: Irwa’ul Galil 4/1149)
Oleh kerana hadis-hadis di atas adalah lemah, maka binatang yang sengaja dipotong tanduknya, ekornya atau diberitanda (ditindik) di telinganya kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, maka ia dibolehkan untuk dijadikan binatang korban.
Adapun binatang yang cacat sejak dilahirkan, dicacatkan tanpa ada sebab atau dicacatkan oleh gigitan binatang buas, maka ia tidak boleh dijadikan ibadah korban.
PERKARA-PERKARA YANG SUNNAH
Ada beberapa perkara yang disunnahkan bagi mereka yang melakukan korban, antaranya:
1 - Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
اِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِيْ الْحِجَّةِ ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ اَنْ يُضَحَّى ، فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ
“Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya”. (Hadis Riwayat Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah)
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ ، فَاِذَا أُهِلَّ هِلاَلٌ ذِي الْحِجَّةِ فَلاَ يَأْخُذْ مِنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ حَتَّى يُضَحَّى
“Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah, maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban”. (Hadis Riwayat Muslim)
Menurut Imam Nawawi rahimahullah:
“Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan”. (Lihat: Syarah Muslim 13/138)
Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah:
“Sesiapa yang melanggar larangan ini (mengunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau terlupa”. (Lihat: Al-Mughni 11/96)
2 - Makan daging sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih:
فَكُلُوْا مِنْهَا وَأَطْعِمُوْا الْبَآئِسَ الْفَقَيْرَ
“Makanlah sebahagian daripadanya, dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir”. (Al-Haj, 22:28)
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : كُلُوْا ، وَادَّخِرُوْا وَتَصَدَّقُوْا
“Bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Makanlah (dagingnya), simpanlah (jika ada yang lebih) dan bersedekahlah”. Hadis Riwayat Bukhari 5569. Muslim 197)
أَمَرَنِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُوْمَ عَلَى بُدْنِهِ ، وَأَنْ أُقْسِمَ لُحُوْمَهَا ، وَجُلُوْدَهَا ، وَحِلاَلَهَا عَلَى الْمَسَاكِيْنِ ، وَلاَ أُعْطِيَ فِى جَزَرَتِهَا شَيْئَا
“Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam memerintahkan aku untuk menyemblih binatang korbannya dan membahagi-bahagikan dagingnya, kulitnya dan alat-alat yang melindungi tubuhnya. Dan tidak memberi (sebagai upah) tukang sembelih sedikitpun dari korban tersebut”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Menurut pendapat jumhur ulama, setiap yang bermanfaat yang datangnya dari tubuh binatang korban tidak boleh diperjualbelikan. Tukang sembelih yang diupah untuk menyembelih tidak mendapat daging korban dan tidak boleh diupah dengan daging korban, tetapi yang dia dapat hanyalah upah dari yang berkorban sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis di atas.
3 - Disunnahkan bagi yang berkorban menyembelih sendiri binatang sembelihannya, atau mewakilkan kepada orang lain (Lihat: أحكام العيدين hlm. 77. Sheikh Ali Hasan al-Halaby) jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.
Untuk memperlihatkan syi’ar Islam, maka disunnahkan agar menyembelih di musalla (di tanah lapang yang digunakan untuk solat). Ini berdalilkan hadis dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhu dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
أَنَّهُ كَانَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بَالْمُصَلَّى
“bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di Musalla”. (Hadis Riwayat Bukhari)
MENYEMBELIH SECARA SUNNAH
Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam, tidak boleh menggunakan pisau yang diperbuat daripada tulang. Ketika hendak menyembelih ucapkanlah: Bismillahi wallahu Akbar (بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ). Baringkanlah binatang korban pada sebelah sisi kirinya agar mudah memEgang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri, sebagaimana hadis Rasulullah:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ ، أَمْلَحَيْنِ ، أَقْرَنَيْنِ ، وَيُسَمِّى وَيُكَبَّرُ وَيَضَعُ رِجْلَيْهِ عَلَى صِفَاحِهِمَا
“Dari Anas radiallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyembelih dua ekor kibasy yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Selain menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih, maka disyariatkan agar mencontohi cara atau sifat penyembelihan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, iaitu membaca “Bismillahi Allahu Akbar”, kerana menurut riwayat yang sahih baginda membacanya ketika menyembelih binatang korban. Antara hadis-hadis yang menjelaskan demikian ialah:
مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ نُصَلِّي ، فَلْيَذْبَحْ مَكَانَهُ أُخْرَى ، وَمَنْ لَمْ يَكُنْ ذَبَحَ حَتَّى صَلَيْنَا فَلْيَذْبَحْ بِاِسْمِ اللهِ
“Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya. Dan barangsiapa yang belum memyembelih hingga kami selesai solat, maka hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah (بسم الله)”. (Hadis Riwayat Bukhari no 5562. Muslim no 1960)
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : صَلَيْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيْدَ اْلأَضْحَى ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أُتِيَ بِكَبْشٍ فَذَبَحَهُ ، فَقَالَ : بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ
“Dari Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Aku bersolat ‘Idil Adha bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setelah selesai solat, didatangkan kepadanya seekor kibas, maka baginda menyembelihnya dan membaca: Bismillahi Wallaahu Akbar”. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)
TIDAK MEMBERIKAN DAGING KURBAN SEBAGAI UPAH
Nabi s.a.w. pernah menyuruhku untuk menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya, dan aku tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih dari haiwan korban tersebut. Dan dia mengatakan: “Kami memberinya dengan harta kami sendiri.” (Hadis Riwayat Muslim, 1317)
SATU SEMBELIHAN UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA
Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya, untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis:
قَالَ عَطَاءُ بْنُ يَسَّارٍ : سَأَلْتُ أَبَا أَيُّوْبَ اْلأَنْصَارِي كَيْفَ كَانَتِ الضَّحَايَا عَلَى عَهْدِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ اِنْ كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِاالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَاْكُلُوْنَ وَيُطْعِمُوْنِ
“Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan dimasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi makan dari korban tersebut”. (Hadis Rriwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan al-Baihaqi. Dengan sanadnya yang hasan)
Namun, tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing setiap seorang. Wallahu ‘alam, walhamdulillahi, was-salatu was-salamu ‘ala Rasulullah.
Posted by Unknown | File under :
MENJUAL KULIT BINATANG KORBAN?
Oleh
Ustadz Muslim Al-Atsari
Menyembelih binatang korban merupakan ibadah agung yang dilakukan umat Islam setiap tahun pada hari raya korban.
Orang yang menyembelih binatang korban, boleh memanfaatkannya untuk memakan sebahagian daging darinya, menshadaqahkan sebahagian darinya kepada orang-orang miskin, menyimpan sebahagian dagingnya, dan memanfaatkan yang dapat dimanfaatkan, misalnya ; kulitnya untuk qirbah (bekas air) dan sebagainya.
Dalil hal-hal di atas adalah hadits-hadits di bawah ini.
“Ertinya : Dari Salamah bin Al-Akwa Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa di antara kamu menyembelih korban, maka janganlah ada daging korban yang masih tersisa dalam rumahnya setelah hari ketiga”. Tatkala pada tahun berikutnya, para sahabat bertanya : “Wahai, Rasulullah! Apakah kita akan melakukan sebagaimana yang telah kita lakukan pada tahun lalu?” Beliau menjawab : “Makanlah, berilah makan, dan simpanlah,. Ini kerana sesungguhnya tahun yang lalu, menusia tertimpa kesusahan maka aku menghendaki agar kamu menolong (mereka) padanya (kesusahan itu). (HR Bukhari no. 569, Muslim, no, 1974)
Perintah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : ‘Makanlah, berilah makan, dan simpanlah’, bukan menunjukkan kewajipan, tetapi menunjukkan kebolehan. Ini Kerana perintah ini datangnya setelah larangan, sehingga hukumnya kembali kepada sebelumnya. (Lihat juga Fathul Bari, penjelasan hadits no. 5.569)
Dari hadits ini kita mengetahui, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melarang memakan daging korban lebih daripada tiga hari. Hal itu agar umat Islam pada waktu itu menshadaqahkan lebihan daging korban yang ada. Namun larangan itu kemudian dihapuskan. Dalam hadits lain. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tegas menghapuskan larangan tersebut dan menyebutkan sebabnya. Beliau bersabda.
“Ertinya ; Dahulu aku melarang kamu dari daging korban lebih dari tiga hari, agar orang yang memiliki kecukupan memberikan keluasan kepada orang yang tidak memiliki kecukupan. Namun (sekarang), makanlah semahu kamu, berilah makan, dan simpanlah” (HR Tirmidzi no. 1510, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)
Setelah meriwayatkan hadits ini, Imam Tirmidzi rahimahullah berkata. :“ Pengamalan hadits ini dilakukan oleh ulama daripada kalangan para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan selain mereka”.
Dalam hadits lain disebutkan.
“Ertinya : Dari Abdullah bin Waqid, dia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang memakan daging korban setelah tiga hari. Abdullah bin Abu Bakar berkata : Kemudian aku sebutkan hal itu kepda Amrah. Dia berkata, “dia (Abdullah bin Waqid) benar”. Aku telah mendengar Aisyah Radhiyallahu anha mengatakan, orang-orang Badwi datang pada waktu Idul Adh-ha pada zaman Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka Beliau bersabda, ‘Simpanlah (sembelihan korban) selama tiga hari, kemudian shadaqahkanlah sisanya’. Setelah itu (yaitu pada tahun berikutnya, -pent) para sahabat mengatakan : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang membuat qirbah-qirbah (1) dari binatang-binatang korban mereka, dan mereka melelehkan (membwang) lemak darinya”. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Memangnya kenapa?” Mereka menjawab, “Anda telah melarang memakan daging korban setelah tiga hari”. Maka beliau bersabda : “Sesungguhnya aku melarang kamu hanyalah kerana sekelompok orang yang datang (yang memerlukan shadaqah daging, -pent). Namun (sekarang) makanlah, simpanlah, dan bershadaqahlah’ (HR Muslim no. 1971)
Ramai ulama menyatakan, orang yang menyembelih korban disunnahkan bershadaqah dengan sepertiganya, memberi makan dengan sepertiganya, dan dia bersama keluarganya memakan sepertiganya. Namun riwayat-riwayat yang berkaitan dengan ini lemah. Sehingga hal ini diserahkan kepada orang yan
g berkorban. Seandainya dishadaqahkan seluruhnya, hal itu dibolehkan. Wallahu a’lam (2)
MENJUAL SESUATU DARIPADA HAIWAN SEMBELIHAN KORBAN
Dalam masalah ini terdapat beberapa hadits, sebagaimana tersebut dibawah ini.
(1). Hadits Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu.
“Ertinya : Dari Ali Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkannya agar dia mengurusi budn (unta-unta hadyu) Beliau (3), membahagi semuanya, dan jilalnya (4)(pada orang-orang miskin). Dan dia tidak boleh memberikan sesuatupun (dari korban itu) kepada penyembelihnya”. (HR Bukhari no. 1717, tambahan dalam kurung riwayat Muslim no. 439/1317)
Pada riwayat lain disebutkan, Ali Radhiyallahu ‘anhu berkata.
“Ertinya : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkanku agar aku mengurusi unta-unta korban Beliau, menshadaqahkan dagingnya, kulitnya dan jilalnya. Dan agar aku tidak memberikan sesuatupun (dari korban itu) kepada tukang sembelihnya. Dan Beliau bersabda : “Kami akan memberikan (upah) kepada tukang sembelihnya dari kami” (HR Muslim no. 348, 1317)
Hadits ini secara jelas menunjukkan, bahawa Ali diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk menshadaqahkan daging hadyu, kulitnya, bahkan jilalnya. Dan tidak boleh mengambil sebahagian dari binatang korban itu untuk diberikan kepada tukang sembelihnya sebagai upah, kerana hal ini termasuk jaul beli. Dari hadits ini banyak ulama mengambil dalil tentang terlarangnya menjual sesuatu dari binatang korban, termasuk menjual kulitnya.
(2). Hadits Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu
“Ertinya : Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :”Barangsiapa menjual kulit binatang korbannya, maka tidak ada korban baginya”.
Syaikh Abul Hasan As-Sulaimani menjelaskan, hadits ini diriwayatkan oleh Al-Hakim (2/389-390) dan Al-Baihaqi (99/294) dihasankan oleh Syaikh Al-Albani di dalam Shahih Al-Jami’ush Shagir, no. 6118. Namun di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdullah bin Ayyasy, dan dia seorang yang jujur namun berbuat keliru, perawi yang tidak dijadikan hujjah. (5)
(3). Hadits Abi Sa’id Al-khudri Radhiyallahu ‘anhu. Diriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Ertinya : Janganlah kamu menjual daging hadyu dan korban. Tetapi makanlah, bershadaqahlah, dan gunakanlah kesenangan dengan kulitnya, namun janganlah kamu menjualnya” (Hadits dha’if, riwayat Ahmad 4/15) (6)
PERKATAAN PARA ULAMA
(1). Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata : “Jika seseorang telah menetapkan binatang korban, bulunya tidak dicukur. Adapun binatang yang seseorang tidak menetapkannya sebagai korban, dia boleh mencukur bulunya. Binatang korban termasuk nusuk (binatang yang disembelih untuk mendekatkan diri kepada Allah), dibolehkan memakannya, memberikan makan (kepada orang lain) dan menyimpannya. Ini semua boleh terhadap seluruh (bahagian) binatang korban, kulitnya dan dagingnya. Aku membenci menjual sesuatu darinya. Menukarkannya merupakan jual beli”.
Beliau juga mengatakan : “Aku tidak mengetahui perselisihan di antara manusia tentang ini, yaitu : Barangsiapa telah menjual sesuatu dari binatang korbannya, baik kulit atau lainnya, dia (wajib) mengembalikan harganya –atau nilai apa yang telah dia jual, jika nilainya labih banyak dari harganya- untuk apa yang binatang korban dibolehkan untuknya. Sedangkan jika dia menshadaqahkannya, (maka) lebih aku sukai, sebagaimana bershadaqah dengan daging binatang korban lebih aku sukai” (7)
(2). Imam Nawawi rahimahullah berkata : “Dan madzhab (pendapat) kami (Syafi’iyah), tidak boleh menjual kulit hadyu atau korban, dan tidak boleh pula (menjual) sesuatu dari bahagian-bahagiannya. Inilah madzhab kami. Dan ini pula pendapat Atho, An-Nakha’i, Malik, Ahmad dan Ishaq. Namun Ibnul Mundzir menghikayatkan dari Ibnu Umar, Ahmad dan Ishaq, bahawa tidak mengapa menjual kulit hadyu dan menshadaqahkan harga (wang)nya. Abu Tsaur memberi keringanan di dalam menjualnya. An-Nakha’i dan Al-Auza’i berkata : ‘Tidak mengapa membeli ; ayakan, saringan, kapak, timbangan dan semacamnya dengannya (wang penjualan kulitnya, -pent), Al-Hasan Al-Bashri mengatakan ; “Kulitnya boleh diberikan kepada tukang sembelihnya’. Tetapi (perkataannya) ini membwang sunnah, wallahu a’lam. (Lihat Syarah Muslim 5/74-75, Penerbit Darul Hadits Cairo)
(3). Imam Ash-Shan’ani rahimahullah berkata : “Ini (hadits Ali di atas) menunjukkan bahawa dia (Ali) bershadaqah dengan kulit dan jilal (pakaian unta) sebagaimana dia bershadaqah dengan daging. Dan Ali tidak sedikitpun mengambil dari haiwan sembelihan itu sebagai upah kepada tukang sembelih, kerana hal itu termasuk hukum jual-beli, kerana dia (tukang sembelih) berhak mendapatkan upah. Sedangkan hukum korban sama dengan hukum hadyu, yaitu tidak boleh diberikan kepada tukang sembelihnya sesuatupun dari binatang sembelihan itu (sebagai upah). Penulis Nihayatul Mujtahid berkata : “Yang aku ketahui, para ulama sepakat tidak boleh menjual dagingnya”. Tetapi mereka berselisih tentang kulit dan bulunya yang dapat dimanfaatkan. Jumhur (majoriti) ulama mengatakan tidak boleh. Abu Hanifah mengatakan boleh menjualnya dengan selain dinar dan dirham. Yakni (ditukar) dengan barang-barang. Atha’ berkata, boleh dengan semuanya, dirham atau lainnya” (8) Abu Hanifah membezakan antara wang dengan lainnya, hanya kerana beliau memandang bahawa menukar dengan barang-barang termasuk kategori memanfaatkan (binatang sembelihan), kerana ulama sepakat tentang bolehnya memanfaatkan dengannya’. (Lihat Subulus Salam 4/95, Syarah Hadits Ali)
(4). Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Bassam mengatakan : “Di antara faedah hadits ini menunjukkan, bahawa kulit binatang korban tidak dijual. Bahkan penggunaan kulitnya adalah seperti dagingnya. Pemilik boleh memanfaatkannya, menghadiahkannya atau menshadaqahkannya kepada orang-orang fakir dan miskin. (Lihat Taudhihul Ahkam Min Bulughul Maram 6/70)
Beliau juga berkata : “Para ulama sepakat tidak boleh menjual daging korban atau hadyu (haiwan yang disembelih oleh orang yang haji). Jumhur (majoriti) ulama juga berpendapat tidak boleh menjual kulit binatang korban, bulunya (bulu kambing), wabar (rambut unta) dan rambut binatangnya. Sedangkan Abu Hanifah membolehkan menjual kulitnya, rambutnya dan semacamnya dengan (ditukar) barang-barang, bukan dengan wang, kerana menukar dengan wang merupakan penjualan yang nyata” (Lihat Taudhihul Ahkam Min Bulughul Maram 6/71)
KESIMPULAN
Dari perkataan para ulama di atas dapat disimpulkan hal-hal sebagai berikut.
(1). Orang yang berkorban boleh memanfaatkan korbannya dengan memakan sebahagiannya, menshadaqahkan sebahagiannya, memberi makan orang lain dan memanfaatkan apa yang dapat dimanfaatkan.
(2). Para ulama sepakat, orang yang berkorban dilarang menjual dagingnya.
(3). Tentang menjual kulit korban, para ulama berbeza pendapat.
a). Tidak boleh. Ini pendapat majoriti ulama. Dan ini yang paling selamat, insya Allah
b). Boleh asal dengan barang, bukan dengan wang. Ini pendapat Abu Hanifah, Tetapi Asy-Syafi’i menyatakan, bahawa menukar dengan barang juga merupakan jual-beli.
c). Boleh. Ini pendapat Abu Tsaur. Tetapi pendapat ini menyelisihi hadits-hadits diatas.
(4). Jika kulit dijual, maka –yang paling selamat- wangnya (hasil penjualan) dishadaqahkan. Wallahu ‘alam bish shawab.
Pengelola penyembelihan binatang korban tidak boleh gelojoh dan serampangan mengambil kesimpulan hukum tentang kulit. Misalnya mengambil inisiatif menjual kulit yang hasilnya untuk kepentingan masjid atau diluar lingkup ketentuan yang diperbolehkan. Wallahu a’lam
(Disalin dari Majalah As-Sunnah Edisi 10/Tahun VIII/1425H/2004M, Penulis Ustadz Muslim Al-Atsari. Penebit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Jl. Solo –Purwodadi Km 8 Selokaton Gondangrejo – Solo 57183)
__________
Foote Note
(1). Qirbah : wadah air yang terbuat dari kulit
(2). Shahih Fiqhis Sunnah 2/378, karya Abu Malik Kamal bin As-Syyid Salim
(3). Hadyu : Binatang ternak yang mudah didapatkan, berupa unta, sapi, atau kambing, yang disembelih oleh orang yang berhaji dan dihadiahkan kepada orang-orang miskin di Mekkah. Hadyu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pada waktu itu 100 ekor unta. Hadyu ada yang hukumnya wajib, ada yang sunnah. Lihat Minhajus Salik hal.396, 405 karya Syaikh Muhammad Al-Bayyumi, Tahqiq Dr Shalih bin Ghanim As-Sadlan.
(4). Jilal : kain yang ditaruh pada punggung unta untuk menjaga diri dari dingin dan semacamnya, seperti pakaian pada manusia.
(5). Diringkas dari Tanwirul Ainain hal. 376-377
(6). Lihat Shahih Fiqhis Sunnah 2/379, karya Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim
(7). Al-Umm 2/351, dinukil dari Tanwirul Ainain Bi Ahkamil Adhahi wal Idain hal.373-374 karya Syaikh Abul Hasan Musthofa bin Ismail As-Sulaimani
(8). Penukilan pendapat Atha di sini berbeza dengan penukilan An-Nawawi –sebagaimana di atas- yang menyatakan bahawa Atha termasuk ulama yang melarang penjualan kulit korban. Wallahu a’lam