Showing posts with label al-quran. Show all posts
Showing posts with label al-quran. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Posted by Unknown | File under : ,
gambaran akhirat
Tanda- Tanda Hari Kiamat Menurut Al-Quran
1- Sembahyang diringan-ringankan.
2- Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3- Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakkannya jahil mengenai agama serta memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4- Perkara benar disalahkan. Susah untuk membezakan antara perkara halal dengan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5- Berbohong sudah menjadi keperluan dalam hidup sebab dikatakan jika tidak berbohong susah untuk mendapat kesenangan.
6- Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7- Manusia yang hidup mengikut lunas agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa, tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8- Turun hujan di luar musim dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9- Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10- Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
hari kiamat 300x237 Tanda  Tanda Hari Kiamat Menurut Al Quran
11- Anak-anak ingkar dan menderhaka kepada ibi bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12- Kawan baik dilayan kasar, manakala musuh dilayan baik. Kawan disangka lawan dan musuh diaanggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikkan.
13- Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14- Masjid dihiasi indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15- Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Ketika sembahyang, berjanji akan mengikut suruhan ALLAH tetapi di luar sembahyang melanggar perintah-NYA.
16- Akan datang golongan manusia dari barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17- Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan isinya.
18- Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
19- Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama, tidak mahu membela dan menyebarkannya.
20- Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.
Nota Luna Nana : Semoga kita sedar dan berubah sebelum terlambat. Ini peringatan untuk diri Luna sendiri dan juga orang lain terutamanya yang beragama Islam.Semoga semua umat Islam mengambil cakna akan kejadian yang telah berlaku dan akan berlaku nanti.. Ingatlah ,ALLAH itu Maha Pengampun. Kembalilah kepadaNya.
Rujukan

Monday, September 16, 2013

Posted by Unknown | File under : ,

﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]
…………………………………………………………………………………………………………
Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad  ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad  itu hambaNya dan RasulNya.

Alhamdulillah, bersyukur diriku kepada Allah kerana dengan izinNya Yang Maha Kuasa, saya dapat berkongsi bersama anda, sebuah topik yang cukup menarik, iaitu "Pengklonan Haiwan Dalam Al-Quran". Dalam apa yang saya ingin sampaikan ini, Allah menyatakan dalam al-Quran tentang pengklonan haiwan. Namun manusia dahulu tiada sains dan teknologi canggih untuk mengklon haiwan. Namun, tidakkah anda terfikir, bagaimana seorang Rasul itu tahu perkara yang akan terjadi beribu-ribu tahun akan datang, yakni sains pengklonan haiwan ini? Adakah dengan sengaja teka-teka? Tidak sama sekali, mestilah ada sesuatu yang lebih berkuasa memberitahu baginda   iaitu Allah.

........................................................................


وَّلَاُضِلَّنَّہُمْ وَلَاُمَنِّیَنَّہُمْ وَلَاٰمُرَنَّہُمْ فَلَیُبَتِّکُنَّ اٰذَانَ الۡاَنْعٰمِ وَلَاٰمُرَنَّہُمْ فَلَیُغَیِّرُنَّ 
خَلْقَ اللہِ ؕ وَمَنۡ یَّتَّخِذِ الشَّیۡطٰنَ وَلِیًّا مِّنۡ دُوۡنِ اللہِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِیۡنًا ﴿۱۱۹﴾ؕ
[Syaitan berkata :]"Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh merekamengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata."
[An-Nisa' : 119]



........................................................................


Firman Allah swt : {lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu},  yakni : seperti yang kita tahu dalam sains, bidang biologi khususnya -- pasti anda akan belajar mengenai tentang "Divisi Sel", mengenai pengklonan mitosis. Saya akan terangkan serba sedikit mengenai hal ini.

Pengklonan mitosis[Mitosis Cloning]

Pengklonan adalah proses menghasilkan ciptaan hidupan baru dengan cara mitosis. Setakat ini, haiwan yang berjaya diklonkan adalah seekor kambing yang diberi gelaran "dolly".

1. Sel somatik diambil daripada penderma sel somatik. Dan paling berkesan adalah diambil daripada telinga haiwan tersebut. Anda pasti pernah terlihat lembu yang ditindik telinganya. Hal ini adalah untuk mengambil sel somatiknya dan sebagai nombor siri haiwan tersebut.


2. Sel somatik ini dimasukkan ke dalam telur sel daripada haiwan lain pula melalui "electric shock". Kemudian sel ini dimasukkan ke dalam rahim penyumbang sel telur tadi, dan haiwan yang diklon akan dilahirkan.




Beginilah cara bagaimana haiwan itu diklonkan.

Dan sesungguhnya, hal ini telah disebutkan dalam al-Quran, dan dibuktikan dengan kemajuan sains. Maha Suci Allah, Dia telah menunjukkan KebesaranNya kepada kita, namun mampukah kita lari daripada kebenaran setelah datang kepada kita kebenaran, malahan dengan bukti yang kukuh lagi.

Wednesday, September 11, 2013

Posted by Unknown | File under : , ,
Merupakan suatu keperluan agar seseorang yang bergelar Muslim itu membiasakan diri mereka dengan Bahasa Arab sehingga suatu tahap mereka boleh memahami Al-Quran. Bahasa Arab adalah bahasa bagi Agama Islam -- sentiasa dan akan sentiasa menjadi bahasa Agama Islam.

Muslim yang tidak mengetahui mengenai Bahasa Arab perlu sedar akan kerugian yang mereka sedang hadapi bahawa mereka tidak mampu untuk memahami dan membaca Ayat-Ayat Suci dari Sang Pencipta! Apabila mereka hanya membaca terjemahan al-Quran, mereka perlu ketahui bahawa itu hanyalah ayat-ayat dari penterjemah -- bukan ayat daripada Allah Maha Kuasa.

Keindahan, kepetahan, rentak, i'jaaz -- kesemua ini hilang dalam terjemahan. Di samping tidak mampu membaca ayat suci Al-Quran daripada Allah Maha Kuasa itu Sendiri yang disampaikan kepada Baginda Muhammad (s.a.w.), seseorang itu bergantung hanya kepada ayat terjemahan yang ditulis oleh sesuatu yang 'tidak kekal(penulis terjemah tersebut)', bukankah ini suatu kerugian?

Para Ulama', daripada Zaman Para Sahabat sehinggalah abad sekarang ini, semuanya mengakui kepentingan Bahasa Arab.

Ubay Ibn Ka'ab radhiyallahu anhu berkata : 


"Ajarlah Bahasa Arab (yakni - Nahu/Tatabahasa) seperti kamu mengajar menghafal al-Quran!"

Abu Bakr As-Siddiq radhiyallahu anhu berkata :

"Bahawa aku membaca dan terlupa (sebahagian ayat - yakni bahasa Arab) itu lebih baik daripada aku melakukan kesalahan nahu!" 

Umar Ibn Khattab radhiyallahu anhu pada zaman dahulu pernah melalui segolongan pemanah yang tersasar panahan mereka. Beliau menegur mereka, dan mereka menyatakan bahawa mereka hanya seorang yang baru belajar memanah, tetapi mereka membuat kesalahan tatabahasa dalam jawapan mereka itu. Lalu Umar Ibn Khattab radhiyallahu anhu berkata kepada mereka :

"Sesungguhnya kesalahan kamu dalam Nahu(tatabahasa) Bahasa Arab adalah sesuatu yang aku tidak boleh terima berbanding kesalahan kamu dalam memanah."

Imam Syafie rahimahullah berkata :

Maka, menjadi suatu kewajipan untuk seseorang Muslim berusaha mempelajari Bahasa Arab seboleh mungkin, supaya mereka boleh membuktikan 'Syahadah', dan membaca Kitab Allah (yakni al-Quran),  serta melafazkan zikir yang wajib ke atas mereka; seperti takbir, tasbih, tasyahud dan lain-lain zikir.

Dan lebih banyak mereka mempelajari bahasa yang Allah Maha Kuasa Sendiri yang menjadikan bahasa utama penghulu segala Nabi (Nabi Muhammad s.a.w.) serta menjadi bahasa wahyu terakhir-NYA, maka lebih baik untuk orang tersebut! 

Untuk sebab ini, dapat dilihat masyarakat yang mereka amat lemah serta tidak endah dengan bahasa Arab ini, mereka lebih terjerumus untuk sesat berbanding mereka yang kukuh pada Bahasa Syurga ini.

Maka tidak hairanlah jika dinyatakan bahawa musuh Islam itu ingin memusnahkan Bahasa Arab, kerana mereka tahu kepentingan Bahasa Arab kepada umat Islam.

Sir Gladstone, salah seorang pemimpin Eropah berkata :

"Selagi mana seorang Muslim itu mempunyai al-Quran di tangan mereka, maka Eropah tidak punya harapan untuk menawan Timur."

Oleh itu, bersama-samalah kita mengukuhkan Bahasa Arab serta melazimkan diri untuk berbahasa dengan Bahasa Syurga ini.

Tidak hairanlah mengapa Kamal Ataa Turk, pemimpin Turki itu menggubal agar al-Quran dibaca dalam Bahasa Turki, walaupun ketika solat, serta mengubah tulisan Bahasa Arab dengan tulisan Eropah.

Wallahu alam

Dipetik sebahagian daripada kitab Science of Quran, oleh Yasir Qadhi

*Rujukan
Posted by Unknown | File under : , , ,



7 Amalan Yang Digalakkan Dalam Bulan Ramadhan


Assalamualaikum warohmatullah kepada semua membaca. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi baca blog kecil saya ini.

Baiklah, pada artikel ini saya ingin memberi serba sedikit tips untuk amalan di bulan Ramadhan ini.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia di mana kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan kebaikan kita. Berbanding bulan biasa, masa kita lebih banyak terluang di bulan Ramadhan. Jadi, apa yang boleh kita lakukan dengan waktu terluang ini?

1. Membaca 1 juzuk al-Quran(minima) Sehari

Untuk menghabis 1 juzuk al-Quran sebanyak 20 muka surat, memerlukan maksimum 1 jam luangan masa, bergantung kepada kefasihan anda membaca al-Quran.

Kita solat fardhu sebanyak 5 kali sehari. Maka, setiap kali lepas solat saya sarankan anda membaca 4 muka surat al-Quran.

Pada hari pertama puasa setelah subuh, mulakan baca 4 muka surat. Begitu juga seterusnya pada solat yang berikutnya. Maka menghasilkan sebanyak 20 muka surat setelah Isyak.

Pada hari pertama anda telah menghabiskan 1 juzuk.

Info : 1 hari 1 juzuk, 30 hari 30 juzuk. Khatam!

Frequently Asked Question(FAQ):

Q : Saya lepas solat, selalunya ada kerja. Bagaimana ya untuk meluangkan masa?
A : Kita biasa bekerja pada siang hari. Maka saya sarankan setelah subuh, baca 4 muka surat. Selepas zuhur, baca 2 sahaja, begitu juga setelah asar. Sekarang tinggal 12 muka surat. Anda boleh membahagikan 6 setelah Maghrib dan baki 6  setelah Isyak. Jika terlampau sibuk sekalipun, cuba ‘Qadha’ kan bacaan al-Quran. Bermaksud, anda luangkan masa Isyak anda membaca selebihnya muka surat al-Quran.

Pada hari pertama, memang kita akan rasa tidak bersemangat. Setelah tamat baca, tandakan dengan tali yang biasa keluar daripada al-Quran itu(Tali penanda). Kemudian, anda lihat al-Quran anda daripada bawahnya(di mana tali penanda itu terkeluar). Anda pasti kagum, hari pertama anda sudah baca 20 muka surat!

“Wah, alhamdulillah! Hari ini sudah sebanyak ini aku baca!”

Maka lafazlah syukur kepada Allah s.w.t.


2. Memperbanyakkan Sedekah

Pada bulan Ramadhan, saya menggalakkan anda bersedekah. Tujuan kita berpuasa  adalah untuk sama-sama merasa kesusahan orang miskin yang tidak makan sepanjang hari.

Maka berilah sedekah kepada orang miskin. Seperti mana anda tidak sabar untuk berbuka puasa, begitu jugalah sahabat-sahabat kita yang tidak bernasib baik. Berilah mereka kegembiraan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Berkata Ulama’:
Sedekah itu tidak memiskinkan kamu, tetapi membuka pintu rezeki kamu lebih luas. Maka bersedekahlah.


3. Menuntut Ilmu

Kepada sahabat-sahabat yang terluang masa, saya sarankan anda turun menuntut ilmu. Pergilah berjumpa guru-guru yang bertauliah, belajarlah al-Quran dan sebagainya. Jika terdapat majlis ilmu, maka sertailah.

Sesiapa yang memberi alasan tidak dapat menuntut ilmu, itu  bukan bermakna anda terhalang oleh urusan anda, tetapi Allah s.w.t TIDAK MAHU anda dalam majlis ilmu, naudzubillah!

Di dalam bulan Ramadhan, pasti ada banyak majlis ilmu. Menonton televisyen berunsurkan ilmu juga bermanfaat.


Berpesan Imam Syafie:
Jika kamu tidak merasa keperitan menuntut ilmu, maka rasalah keperitan dalam kebodohan.



4. Berdzikir

Sementara banyak masa yang terluang, maka gunakanlah sebaiknya untuk berdzikir. Dzikir tidak semestinya melafazkan kalimah-kalimah dzikir. Maksud dzikir adalah mengingati Allah s.w.t., maka jika menuntut ilmu mengingatkan anda kepada Allah, tuntutlah ilmu. Jika solat mengingatkan anda kepada Allah, solatlah. Jika melafazkan tasbih dan tahmid mengingatkan anda kepada Allah, lakukanlah.



5. Solat Tarawih

Solat sunat tarawih adalah Sunat Muakkad yang bermaksud amalan yang dituntut  untuk dilaksanakan dan besar pahalanya, di bawah taraf wajib.
Maka kutiplah sebanyak mana pahala yang mungkin, kita tidak pasti Ramadhan hadapan kita dapat sambut ataupun tidak.


6. Qiyammullail

Qiyamullail turut digalakkan. Qiyamullail bermaksud bangun di malam hari untuk melaksanakan solat sunat tahajjud dan ibadat-ibadat sunat. Ini termasuk sunnah baginda Muhammad s.a.w.

Antara amalan pada Qiyamullail adalah solat sunat tahajjud, solat sunat hajat, menghafal al-Quran dan berdzikir serta refleksi diri.


7. Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

Amar Ma’ruf Nahi Mungkar pada zaman ini tidak semestinya perlu keluar berdakwah. Kita sudah mempunyai laman facebook dan twitter. Gunakan sebaiknya.

Anda boleh sahaja memberikan nasihat dan perkongsian ilmu yang sahih. Elakkan mengeluarkan ilmu ciptaan atau ilmu yang tidak ada asal usul.

Perkongsian al-Quran dan hadis adalah amat ketat syaratnya. Anda perlu tahu sanadnya, dan juga perlu tahu perawinya. Paling baik adalah anda mempunyai kitab al-Quran dan hadis yang benar. Ataupun anda bertanyalah kepada ulama’ ilmu yang ilmunya diakui oleh ulama’-ulama’ lain. Mintalah nasihat daripada ulama’, pasti mereka akan memberikan nasihat yang bermanfaat.