Showing posts with label Kisah Pengajaran. Show all posts
Showing posts with label Kisah Pengajaran. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Posted by Unknown | File under :
Kisah Benar Yakuza Peluk Islam dan Menjadi Imam | Kami di KisahBest.My difahamkan yang di Jepun terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Shaykh Abdullah Takazawa. Lelaki ini sebenarnya merupakan seorang Imam dan dikatakan merupakan bekas Mafia atau Yakuza di Jepun. Maka beruntunglah kepada sesiapa yang menerima hidayah Allah. Menerima hidayah Allah merupakan salah satu nikmat yang tidak terhingga diberikan kepada hambaNya. Samalah juga seperti kita yang beragama Islam, dilahirkan sebagai Islam merupakan nikmat yang paling besar.

Hidayah itu milik Allah, segalanya tidak mustahil.
Sebelum ini dikatakan merupakan seorang artis tatu untuk Yakuza (Mafia Jepun), tetapi apabila Allah memberkati dia dengan Islam melalui dakwah saudara asing, beliau mengembara ke Arab untuk membuat Haji. Kemudian beliau telah ditawarkan biasiswa untuk menimba ilmu agama Islam di sana, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun. Dia datang kembali untuk menjadi seorang Imam di Tokyo.
Sedikit maklumat informasi tentang penganut agama Islam di negara matahari terbit iaitu negara Jepun ni:
Populasi di Jepun: 127,000,000 orang
Anggaran masyarakat Jepun Muslim: 10,000 orang
Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan): 2 ke 300 orang
Jumlah imam Jepun di Jepun: 5 orang
Jumlah imam Jepun di Tokyo: 1 orang

Bayangkan, dalam jumlah yang sangat ramai dan umat Islam adalah golongan minoriti, seorang Yakuza telah memeluk agama Islam dan menjadi seorang Imam. Syukur alhamdulillah. Kalau dulu sebelum ini dia tidak mengenal Islam secara lebih mendalam, tetapi kini ilmunya lebih tinggi berbanding kita. Oleh kerana itulah kita tidak boleh memandang rendah, dan memandang hina terhadap orang lain. Kelak orang tersebut menjadi lebih hebat dari kita. Namun tentang Mafia Jepun itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Posted by Unknown | File under : ,

Pelbagai pengalaman misteri menguji keimanan insan yang sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita ini adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang dikongsikan kepada saya ini berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.  

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.  

Permainan golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara kita ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: “Datuk, flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

“Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah ta'ala untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.

“Bagi manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.

Malah, apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang, memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.

Di padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan bersama kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di lubang ke-12.

“Seminggu sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup…. saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi semak.

”Jalan keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30 petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.

Baru minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’ (out-bound).

Apabila buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.

“Saya tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.  

Penulis sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah fairway.

Banyak lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.

Di sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.

Selepas selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?

Jawab Zubaidah, “Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

“Itulah ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”

Penulis menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri alam roh beri pengajaran berguna.’

Ramai juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila koma.

Antara maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya. Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka dia bercerita mengenai kejadian misteri. ”

Dia mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu, dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah sebelum ini,” katanya.  

Demikian beberapa kesah yang elok kita jadikan ingatan.

kredit: detikdaily
Posted by Unknown | File under :
Kisah Benar Dari Seorang Pemandu Van Jenazah. Dari mata kasar, kerjaya sebagai seorang pemandu van jenazah tidaklah membebankan tapi........
Kisah Benar Dari Seorang Pemandu Van Jenazah | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Harini Dr Fuh nak share satu kisah benar yang diceritakan oleh pemandu van jenazah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kita semua. In Shaa Allah.
Dari mata kasar, kerjaya sebagai seorang pemandu van jenazah tidaklah membebankan. Memang benar. kerana mereka hanya perlu menghantar dan membawa jenazah sahaja. Bagaimanapun, tiada siapa tahu perkara yang tersirat serta dugaan yang perlu di tempuh. Cabaran dari segi mental dan fizikal juga tidak kurang hebatnya. Apatah lagi, sesetengah perkara yang berlaku semasa menjalankan tugas, tidak boleh diterima akal. Jom kita ikuti kisah seorang pemandu van jenazah yang mempunyai banyak pengalaman.
Kerjaya sebagai seorang pemandu van jenazah, memerlukan keberanian dan kecekalan hati yang tinggi.
Ini diakui sendiri Ismail Hashim, 49, dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang mengalami pelbagai suka duka sebagai pemandu van jenazah sepanjang 25 tahun berkhidmat di bahagian itu sejak 1991 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Waris lari
Peristiwa pertama yang masih terpahat dalam ingatannya apabila, beliau menerima arahan untuk menghantar jenazah seorang lelaki berumur 90 tahun ke Padang Sanai, Padang Terap diiringi dua waris jenazah pada jam 3 pagi.
Kedua waris tersebut, duduk di bahagian belakang van sambil membaca ayat suci Al-Quran, sehinggalah satu kejadian di mana van itu berhenti secara tiba-tiba. Beberapa kali Ismail cuba untuk menghidupkan kembali enjin tersebut, namun percubaannya itu gagal. Kemudian, beliau turun dan pergi ke belakang van dan mendapati bahawa kedua-dua waris tersebut telah menghilangkan diri.
“Pada masa itu, suasana begitu sunyi dan tidak ada kenderaan yang melalui jalan itu. Saya masuk semula ke dalam van dan beberapa minit kemudian hadapan cermin van dipenuhi dengan belalang serta beberapa ekor kala jengking.
Oleh kerana bimbang dengan keselamatan, saya menutup pintu dan hanya membaca ayat Kursi sahaja sehinggalah kedengaran azan barulah haiwan itu hilang secara tiba-tiba. Kemudian barulah waris jenazah itu turut datang melihat jenazah itu” katanya
Menurut waris lelaki tersebut, arwah ayah mereka mempunyai saka sehingga mereka juga tidak sanggup untuk menunggu di belakang van, kerana takut akan diganggu.
Wanita misteri
Peristiwa kedua pula berlaku apabila, beliau diarahkan untuk menghantar jenazah seorang perempuan tua di kawasan perladangan Felda pada jam 2 pagi.
Dia berhenti sebentar di tepi jalan untuk membuang air. Sekembalinya ia ke van, beliau mendapati seorang perempuan berambut panjang duduk di sebelahnya sambil muka menghadap ke luar.
“Saya cuba tegur dan bertanya wanita itu hendak ke mana, tetapi dia hanya mendiamkan diri sehingga saya mula merasa seram dan membaca pelbagai ayat al-Quran, tetapi wanita itu masih tidak hilang.
” Kenderaan juga tidak dapat bergerak laju sehinggalah sampai di pekan Pendang dekat tanah perkuburan Cina, barulah wanita misteri itu hilang. Selepas hilang, barulah saya lega,”
Bau wangi, menyenangkan
Tidak semua hari berlalu dengan perkara menakutkan. Ismail juga pernah mengalami peristiwa manis, ketika membawa seorang jenazah lelaki tua ke Baling, Kedah pada jam 4 pagi.
Ketika mengangkat jenazah tersebut, terasa ia ringan sedangkan mengikut laporan jenazah itu beratnya 60kg dan senang dibawa masuk ke dalam van.
Selepas beberapa minit perjalanan, bau harum dan wangi dapat dihidu sepanjang perjalanan ke rumah si mati. Ramai yang sudah menunggu kehadiran jenazah tersebut.
Menurut cerita orang kampung, si mati adalah seorang yang kuat melakukan ibadat dan disenangi masyarakat sekitarnya.
Ismail berkata, segala peristiwa yang berlaku kepadanya banyak memberi iktibar dan dia percaya semuanya itu adalah kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa.

Saturday, October 5, 2013

Posted by Unknown | File under :
sabar itu indah Sabar Itu Adalah Ujian   Kelebih Orang Sabar
Sabar  Itu Adalah Ujian – Kelebih Orang Sabar
sabar Sabar Itu Adalah Ujian   Kelebih Orang Sabar
Allah menjanjikan syurga bagi hambaNYA yang menjalani hidup dengan baik. Hidup di dunia tidak akan sentiasa menyenangkan. Setiap manusia digilirkan untuk merasai perkara yang disukai dan yang dia benci. Ini kerana dunia dijadikan sebagai tempat ujian bagi manusia untuk membuktikan siapa di kalangan hamba ALLAH yang benar imannya dan siapa yang berdusta.
Firman ALLAH, “Sungguh Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, dan ALLAH pasti mengetahui orang-orang yang benar dan Dia pasti mengetahui orang yang dusta (Al-Ankabut: 3)
Imam Ibnu Katsir rh menjelaskan dalam tafsirnya: “(Agar dibezakan) orang yang benar dalam pengakuannya daripada orang yang dusta dalam ucapan dan pengakuannya.
Sedangkan ALLAH SWT Maha Mengetahui apa yang terjadi, sedang terjadi, dan akan terjadi. ALLAH juga mengetahui cara terjadi sesuatu bila hal itu terjadi. Hal ini adalah ijma’ para imam Ahlus Sunnah wal Jamaah.”
Antara bentuk ujian yang dihadapi manusia adalah seperti firman ALLAH, “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepadaNYA kita dikembalikan).” Mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat Tuhan mereka, dan mereka itulah yang mendapat petunjuk.”(Al-BAqarah: 155-158)
Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang sabar ketika ditimpa musibah mendapat tiga keutamaan sekali gus; selawat ALLAH, rahmat dan petunjukNya. ALLAH SWT tidak pernah mengumpulkan tiga keutamaan sekali gus dalam satu ayat kecuali dalam ayat ini iaitu keutamaan bagi orang yang sabar ketika mendapat musibah. Makna selawat ALLAH kepada orang yang sabar ketika mendapat musibah adalah: ALLAH memuji orang tersebut di hadapan para malaikatNya yang suci, hal ini sebagaimana dikemukakan Abu Al-‘Aliyah Al-Rayyahi rhm. (Syarh Al-Mumti’, Ibnu Al-Utsaimin)
bersabar Sabar Itu Adalah Ujian   Kelebih Orang Sabar
Orang beriman percaya semua takdir ALLAH itu baik dan ada hikmahnya, kerana ALLAH tidak menjadikan sesuatu sia-sia. Mereka mengharap pahala darinya dan hanya orang yang sabar dicukupkan pahala tanpa batas, iaitu orang yang sabar semata-mata kerana ALLAH, bukan kerana terpaksa. Ini kerana sabar yang diganjari pahala adalah sabar di awal musibah.
Hikmah terbesar di sebalik musibah adalah dihapuskan dosa dan diganjari pahala sehingga dia beroleh Syurga ALLAH SWT. Nabi SAW bersabda, “Sungguh pahala yang besar bersama ujian yang besar. Apabila ALLAH mencintai seseorang, Dia memberi ujian kepadanya, siapa yang reda maka ALLAH reda padanya, dan siapa yang murka maka ALLAH murka padanya.” (Sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)
Daripada Anas bin Malik, Nabi SAW bersabda, “Apabila ALLAH menginginkan kebaikan pada hambaNya, disegerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila ALLAH menginginkan keburukan pada hambanya, ditahan baginya balasan dosanya hingga akan disempurnakan pada hari kiamat.” (Hasan sahih. Riwayat Al-Tirmidzi)
Ketahuilah, ALLAH tidak sesekali menimpakan ujian kecuali sesuai kemampuan hambaNya. “ALLAH tidak membebani seseorang kecuali dengan apa yang dia mampu. (Al-Baqarah: 286). ALLAH juga berfirman, “Tiada satu musibah yang menimpa di bumi dan dirimu melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya.
Sungguh demikian itu mudah bagi ALLAH, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang hilang darimu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (Al-Hadid: 22-23)
Jika dibanding ujian yang kita hadapi, tidaklah ia lebih berat daripada apa yang menimpa umat Islam terdahulu, yang digergaji kepalanya hingga terbelah dua, disikat badannya dengan sikat besi sehingga nampak tulangnya, Sumayyah yang ditusuk kemaluannya hingga tembus ke punggungnya oleh Abu Jahal, dan banyak lagi. Mereka diuji sesuai tahap keimanan dan darjat mereka, dan kita diuji sesuai tahap keimanan kita. Hendaklah kita bersyukur selama mana ujian itu tidak menimpa agama dan tidak membuat kita berburuk sangka kepada ALLAH.
Sabda Rasulullah, “Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada ALLAH.” (Riwayat Muslim)
NOTA LUNA NANA : Semoga kita mendapat manfaat  daripada perkongsian ini dan berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik .InsyaAllah. Sabar Itu INDAH.. Ia juga adalah sebentuk ujian persis PUJIAN yang dilemparkan kepada kita itu juga adalah UJIAN. Kita hendaklah sentiasa besederhana dalam segala hal dan lakukan semua pekerjaan dengan niat kerana Allah.
Rujukan
Posted by Unknown | File under :
zinnirah
Kisah Zinnirah – Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik | Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan aqidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan aqidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah menjadi harta yang tiada ternilai bagi setiap muslim. Ia adalah cahaya yang menyinari hidup insan dan penyelamat dalam mengharungi sengsara kacau-bilau pada hari pembalasan. Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan pegangan aqidah mereka. Sikap inilah yang membuahkan hasil yang amat berharga dalam sejarah perkembangan Islam hinggalah ke hari ini. Islam masih kekal dan terus mekar dalam jiwa setiap umat Islam.

Zinnirah mata Kisah Zinnirah   Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik
“Matamu jadi taruhan 
Gantian lara nilaian iman 
Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan derita ini 
Terlindung sudah indahnya maya 
Mata hatimu tetap menyala”
Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah S.W.T
Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.
Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.
Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.
Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.
matamu menjadi taruhan Kisah Zinnirah   Mata Kasarnya Buta Tapi Mata Hatinya Celik

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.
Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.
“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.
Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.
Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.
Dengan taufiq dan  hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Posted by Unknown | File under :
Lima Kisah Mimpi Nabi Untuk Dijadikan Pengajaran | Assalamualaikum dan selamat sejahera admin ucapkan kepada semua pembaca yang admin kasihi. Harini admin nak share satu kisah mimpi nabi yang diceritakan oleh bapa kepada ahli fiqh yang mahsyur iaitu bapa kepada Abu Laits as-Samarqandi untuk sama-sama kita hayati dan jadikan pengajaran. Ikuti kisahnya.
Saya sempat membaca kisah daripada sebuah buku yang sangat menarik untuk dikongsi bersama pembaca. Kisah yang tersirat dan penuh makna, mudah-mudahan menjadi renungan bersama.
Kisah yang diceritakan ini mungkin aneh dan tidak masuk akal, tetapi tiada yang mustahil di dalam dunia ini dengan kehendak Allah.
Kisahnya mengenai Abu Laits as-Samarqandi, ahli fiqh yang masyhur. Satu ketika, dia pernah berkata: “Ayahku menceritakan bahawa antara Nabi yang bukan Rasul, ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi pada satu malam, diperintahkan dengan mimpi yang menyatakan: “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat.
“Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.
Nabi itu kebingungan sambil berkata: “Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti.
Nabi itu mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan ‘Alhamdulillah’.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula sebuah mangkuk emas. Dia teringat arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya.
Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu menanamnya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Selepas tiga kali, berkatalah Nabi itu: “Aku sudah melaksanakan perintah-Mu.”
Lantas dia meneruskan perjalanannya dan tanpa disedarinya, mangkuk emas itu tetap terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”
Mendengar rayuan burung itu, hatinya berasa simpati lalu memasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu datang menghampiri Nabi itu sambil berkata: “Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu, janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh memutuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.
Akhirnya, dia membuat keputusan mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberi kepada helang itu.
Setelah mendapat daging itu, helang itu terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi berkenaan meneruskan perjalanannya.
Tidak lama kemudian dia bertemu pula satu bangkai yang sangat busuk baunya, dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya.
Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, kembalilah Nabi itu ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi berdoa. Dalam doanya dia berkata: “Ya Allah, aku sudah melaksanakan perintah-Mu sebagaimana diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskan kepadaku erti semua ini.”
Dalam mimpi, beliau diberitahu oleh Allah bahawasanya: “Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, marah akan menjadi lebih manis daripada madu.
“Kedua, semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, ia tetap akan nampak juga. Ketiga, jika menerima amanah seseorang, jangan kamu khianat kepadanya.
Keempat, jika seseorang meminta kepadamu, usahakan untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat.
Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang duduk berkumpul membuat ghibah.”
Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita berikutan lima perkara ini sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian, terutama dalam soal memperkatakan hal orang lain.
Jangan kerana sikap kita itu tadi, pahala yang ingin dikejar dalam beribadah hilang begitu saja dan menjadi sia-sia.
Wallauhalam

Monday, September 30, 2013

Posted by Unknown | File under :
Kisah Pengajaran - Jasad Tersiksa Gara-Gara Saka! SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya
Kisah Pengajaran – Jasad Tersiksa Gara-Gara Saka! | SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya.
Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anak cucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.
Petanda seseorang mempunyai saka
Gejala waktu tidur
  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
Wallahualam